harmoni manjung

"Dakwah Ke Arah Globalisasi"

Lebih dikenali sebagai Guru Agama Dakwah (GAD), dan urusan Dakwah kami lebih tertumpu di dalam Daerah Manjung

Aktiviti Bulanan - 2025

  • Mesyuarat Bersama KUDD
  • 1/7/2025-10:0
  • 1/7/2025-12:30
  • Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/1-1.jpg
  • Mesyuarat ini membincangkan laporan serta rancangan program dakwah yang akan dijalankan oleh Guru Agama Dakwah Manjung (GAD) untuk bulan Januari dan Februari 2025.
  • 0
  • Pengendalian Dakwah golongan OKU bersama Pensyarah UPSI
  • 1/8/2025-9:0
  • 1/8/2025-11:0
  • Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/1-4.jpg
  • Pada 8 Januari 2025, satu sesi pencerahan bertajuk “Pengendalian Dakwah Golongan OKU” telah diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Manjung. Program ini disampaikan oleh Dr. Mohd Syaubari Bin Othman, seorang pensyarah daripada Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sesi yang berlangsung dari 9:30 pagi hingga 11:30 pagi ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Guru Agama Dakwah Manjung mengenai pendekatan dakwah yang sesuai untuk golongan OKU, khususnya mereka yang mengalami spektrum autisme.
  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - HSM
  • 1/8/2025-11:0
  • 1/8/2025-1:0
  • Hospital Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/2-3.jpg
  • Pada 8 Januari 2025, program Hospital Mesra Ibadah telah diadakan di Hospital Seri Manjung, dengan penyertaan daripada Guru Agama Dakwah Manjung dan Perkim Wanita Cawangan Manjung. Program yang berlangsung dari 11:00 pagi hingga 12:30 tengah hari ini bertujuan memberikan panduan ibadah kepada pesakit, selain menyampaikan sokongan moral kepada mereka yang sedang diuji dengan kesakitan.
  • 0
  • Perbincangan Program Bersama Pegawai PAROL Daerah Manjung
  • 1/14/2025-10:0
  • 1/14/2025-12:0
  • Pejabat PAROL Daerah Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/1-6.jpg
  • Pada 14 Januari 2025, satu sesi perbincangan telah diadakan di Pejabat PAROL Daerah Manjung antara Guru Agama Dakwah Manjung dan pegawai PAROL. Sesi yang berlangsung dari 10:00 pagi hingga 11:00 pagi ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam melaksanakan program dakwah dan motivasi untuk peserta di bawah pengawasan PAROL.
  • 0
  • Street Dakwah : Pasar Malam Kampung Sitiawan
  • 1/14/2025-18:0
  • 1/14/2025-20:0
  • Pasar Malam Kampung Sitiawan
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/13.jpg
  • Pada petang 14 Januari 2025, program Street Dakwah telah diadakan di Pasar Malam Kampung Sitiawan, dianjurkan oleh Guru Agama Dakwah Manjung. Program ini berlangsung dari 6:30 petang hingga 7:30 petang, dengan matlamat mendekati masyarakat awam untuk menyampaikan mesej Islam dalam suasana santai tetapi penuh hikmah.
  • 0
  • Street Dakwah : Pasar Pagi Pantai Remis
  • 1/15/2025-8:30
  • 1/15/2025-10:30
  • Pasar Pagi Pantai Remis
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/Street-Dakwah-Pasar-Pagi-Pantai-Remis.jpg
  • Pada pagi 15 Januari 2025, program Street Dakwah berlangsung di Pasar Pagi Pantai Remis, melibatkan kehadiran Pegawai Tadbir Agama (PTA), Ketua Unit Dakwah (KUDD), dan Guru Agama Dakwah Manjung (GAD). Program ini berlangsung dari 8:30 pagi hingga 10:30 pagi, bertujuan untuk mendekati masyarakat awam sambil menyampaikan mesej Islam secara santai dan mesra.
  • 0
  • Ziarah Kasih: Mendekati Golongan OKU Fizikal
  • 1/15/2025-11:30
  • 1/15/2025-1:30
  • Taman Manjung Point 1, Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/Ziarah-Kasih-Mendekati-Golongan-OKU-Fizikal.jpg
  • Pada 15 Januari 2025, program Ziarah Kasih dianjurkan oleh Guru Agama Dakwah Manjung dan Ketua Unit Dakwah (KUDD), bertempat di Manjung Point 1, Seri Manjung. Program ini berlangsung dari 11:30 pagi hingga 12:15 tengah hari, dengan tujuan menyantuni golongan OKU fizikal yang menghadapi cabaran pergerakan, sambil memberikan bimbingan ibadah yang sesuai dengan keadaan mereka.
  • 0
  • Penyelarasan Focal Person Guru Agama Dakwah Manjung Bersama KUDD
  • 1/16/2025-10:0
  • 1/16/2025-12:30
  • Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/Penyelarasan-Focal-Person-GAD-Manjung-Bersama-KUDD.jpg
  • Hari ini, satu sesi Penyelarasan Focal Person Guru Agama Dakwah (GAD) telah diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Manjung. Sesi ini bertujuan untuk memperkukuhkan peranan GAD melalui perbincangan terperinci bersama Ketua Unit Dakwah Daerah Manjung (KUDD).
    1. Merombak Semula Tugasan GAD (Focal Person)
    2. Perlantikan Ketua Guru Agama Dakwah Baru
    3. Perancangan Pelan Tindakan 2025
  • 0
  • Ziarah Kasih Orang Kelainan Upaya
  • 1/17/2025-9:30
  • 1/17/2025-11:30
  • Taman Samudera, Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/Taman-Samudera-Seri-Manjung.jpg
  • Hari ini, Guru Agama Dakwah Manjung bersama Ketua Unit Dakwah Daerah Manjung telah melaksanakan program Ziarah Kasih Orang Kelainan Upaya di Taman Samudera, Seri Manjung. Program ini bertujuan menyantuni pesakit strok, menjalin silaturahim, dan membincangkan panduan pengurusan ibadah solat bagi mereka yang menghadapi keterbatasan fizikal.
  • 0
  • Program Ziarah Saudara Kita (Muallaf)
  • 1/19/2025-10:0
  • 1/19/2025-12:30
  • Kampung Koh, Sitiawan dan Taman Sitiawan
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/474043051_122153516066330944_4961559767933996462_n.jpg
  • Hari ini, program Ziarah Saudara Kita (Muallaf) telah dianjurkan oleh Guru Agama Dakwah Manjung dengan tujuan menyantuni dan memberikan sokongan moral kepada keluarga muallaf di Kg Koh dan Taman Sitiawan. Program ini menekankan kepentingan membina hubungan mesra dan membantu mualaf yang mungkin menghadapi cabaran selepas memeluk agama Islam.
    Aktiviti yang Dilaksanakan
    1. Pemberian Sumbangan Barangan Asas Makanan2. Mendampingi dan Membina Hubungan
  • 0
  • Remaja Sosial : Teluk Senangin
  • 1/19/2025-15:0
  • 1/19/2025-17:0
  • Teluk Senangin, Lumut
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/473764466_122153600708330944_7782717627027579328_n.jpg
  • Program Remaja Sosial di Teluk Senangin
    Hari: AhadTarikh: 19 Januari 2025Masa: 3:00 petang - 5:00 petangTempat: Teluk SenanginKehadiran: Guru Agama Dakwah (GAD)
    Alhamdulillah, program Remaja Sosial anjuran Guru Agama Dakwah Manjung di Teluk Senangin telah berlangsung dengan suasana mesra dan santai. Program ini bertujuan menyantuni remaja dan pengunjung pantai sambil menyampaikan mesej agama yang ringkas tetapi bermakna.
  • 0
  • Warga Emas : PAWE, Lekir
  • 1/20/2025-9:0
  • 1/20/2025-11:0
  • PAWE Batu 8, Lekir
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/473766169_122153602082330944_7352775271389945629_n.jpg
  • Program Solat Sunat Dhuha dan Tazkirah di PAWE Lekir
    Hari: IsninTarikh: 20 Januari 2025Masa: 10:00 pagi - 12:00 tengah hariTempat: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), LekirKehadiran: Ketua Unit Dakwah (KUDD) dan Guru Agama Dakwah (GAD)
    Alhamdulillah, hari ini program Solat Sunat Dhuha dan Tazkirah telah berjaya diadakan di PAWE Lekir, melibatkan penyertaan warga emas yang begitu bersemangat untuk memanfaatkan peluang mendalami ilmu agama.
  • 0
  • Santuni Remaja Sosial (Sesi Kaunseling)
  • 1/20/2025-12:0
  • 1/20/2025-14:0
  • Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/1.jpg.png
  • Santuni Remaja Sosial (sesi kaunseling)
    Pada 20 Januari 2025 (Isnin), Us Khirul Nizam bin Abdullah, Guru Agama Dakwah Daerah Manjung telah mengadakan sesi kaunseling kepada 5 orang remaja (4 lelaki dan 1 perempuan) yang terlibat dengan kesalahan khalwat. Sesi tersebut diadakan pada pukul 12:00 tengah hari di Pejabat Agama Islam Daerah Manjung.
  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - HSM
  • 1/22/2025-15:0
  • 1/22/2025-17:0
  • Hospital Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/1.jpg
  • Alhamdulillah, program HMI: Ibadah Pesakit di Hospital Seri Manjung telah berjaya dilaksanakan oleh Guru Agama Dakwah Manjung. Program ini bertujuan menyantuni pesakit Muslim di Wad 3, memberikan panduan ibadah dalam situasi kesihatan yang terbatas, dan membimbing waris pesakit agar dapat membantu menjaga aspek ibadah dengan lebih baik.
  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - KPJ Hospital
  • 1/23/2025-11:0
  • 1/23/2025-13:0
  • KPJ Hospital Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/1-7.jpg
  • Pada 23 Januari 2025 (Khamis), Guru Agama Dakwah (GAD) telah melaksanakan program HMI: Ibadah Pesakit di KPJ Hospital Manjung dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini melibatkan ziarah ke 2 wad lelaki dan 3 wad perempuan, menyantuni pesakit Muslim dengan memberikan bimbingan rohani dan panduan ibadah.
  • 0
  • Remaja Sosial : Pasir Panjang Laut
  • 1/26/2025-18:0
  • 1/26/2025-20:0
  • Pasir Panjang Laut, Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/01/1-8.jpg
  • Pada 26 Januari 2025 (Ahad), Guru Agama Dakwah (GAD) telah melaksanakan program Street Dakwah di Pasir Panjang Laut dari pukul 5.30 petang hingga 7.30 petang. Program ini memberi fokus kepada menyantuni golongan remaja melalui pendekatan santai dan mesra.
  • 0
  • Street Dakwah Non-Muslim : Pasar Looking Good (CNY)
  • 1/27/2025-7:0
  • 1/27/2025-9:0
  • Pasar Looking Good, Sitiawan
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/2.jpg
  • Pada pagi 27 Januari 2025 (Isnin), Guru Agama Dakwah (GAD) telah melaksanakan program Street Dakwah di Pasar Pagi Looking Good dari pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Program ini berfokus kepada masyarakat non-Muslim sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY) 2025.
  • 0
  • Mesyuarat Bulanan bersama KUDD
  • 2/3/2025-9:30
  • 2/3/2025-11:30
  • Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/1-1.jpg
  • Pada 3 Februari 2025 (Isnin), Guru Agama Dakwah (GAD) telah mengadakan Mesyuarat Gerak Kerja bersama Ketua Unit Dakwah Daerah (KUDD) di Pejabat Agama Islam Daerah Manjung. Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan aktiviti dakwah sepanjang bulan Februari 2025.
  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - HSM
  • 2/5/2025-11:0
  • 2/5/2025-13:0
  • Hospital Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/HSM-M1.jpg
  • Pada 5 Februari 2025 (Isnin), Guru Agama Dakwah (GAD) telah menjalankan Ziarah Ibadah Pesakit di Hospital Seri Manjung. Program ini bertujuan membantu pesakit Muslim dalam urusan ibadah, khususnya di wad 6 & 7.

    Sepanjang ziarah, para pesakit diberikan bimbingan tentang cara menunaikan solat dan berwuduk mengikut keadaan mereka. Semoga usaha kecil ini dapat meringankan urusan ibadah mereka dan memberi ketenangan hati.

  • 0
  • Street Dakwah : Pasar Pagi Lekir
  • 2/8/2025-9:30
  • 2/8/2025-11:30
  • Pasar Pagi Lekir
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/SD-Lekir.jpg
  • Pada 8 Februari 2025 (Isnin), Guru Agama Dakwah (GAD) telah mengadakan Street Dakwah di Pasar Pagi Lekir. Program ini bertujuan menyantuni masyarakat awam dengan pendekatan dakwah yang santai dan mesra.

    Antara aktiviti yang dijalankan ialah edaran risalah "Sayangi Warga Emas" dan "Senyumlah Wahai Diri", mengingatkan masyarakat tentang kepentingan kasih sayang serta nilai senyuman dalam kehidupan seharian.

  • 0
  • Street Dakwah : Hijab Day (Non Muslim)
  • 2/9/2025-14:0
  • 2/9/2025-16:0
  • Teluk Batik, Lumut
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/d400933d-493b-4153-9dd7-63f1ff63db16.jpg
  • Hari ini, 9 Februari 2025, kami turun ke Teluk Batik untuk Street Dakwah sempena Hijab Day, khas buat masyarakat Non-Muslim. Jujur, kali ini betul-betul mencabar! Nak ajak orang cuba hijab bukan sesuatu yang mudah, tapi Alhamdulillah, masih ada yang sudi mendengar dan menyokong kempen kami.

    Bila turun ke lapangan macam ni, baru terasa betapa dakwah bukan kerja mudah. Terbayang bagaimana Rasulullah SAW berdakwah di zamannya—penuh cabaran, tapi tetap sabar dan istiqamah.

  • 0
  • Harmoni Bersama: Santuni Kaum Tionghua di Tahun Baru Cina
  • 2/15/2025-9:30
  • 2/15/2025-11:30
  • Kampung Dato' Seri Kamaruddin (KDSK), Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/Harmoni-Bersama-Santuni-Kaum-Tionghua-di-Tahun-Baru-Cina.jpg
  • Harmoni Bersama: Santuni Kaum Tionghua di Tahun Baru Cina.

    Hari ini, 15 Februari 2025, kami berpeluang menyantuni masyarakat Tionghua di Kg Dato Seri Kamarudin, Seri Manjung dalam semangat Tahun Baru Cina. Sebanyak 20 keluarga menerima Bakul Rahmah sebagai tanda persaudaraan dan kasih sayang merentas kaum dan agama.

    Kami percaya dakwah bukan sekadar kata-kata, tetapi juga melalui tindakan (Dakwah Bil Hal)—hadir, mendengar, dan berkongsi kegembiraan. Alhamdulillah, melihat senyuman mereka cukup buat hati rasa tenang.

    Islam mengajar kita untuk saling menghormati dan berbuat baik kepada semua. Moga ukhuwah ini terus subur dan membawa keberkatan.

  • 0
  • Street Dakwah : The One Who Created Everything
  • 2/16/2025-9:0
  • 2/16/2025-13:0
  • Concubine Lane, Ipoh
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/1-2.jpg
  • Alhamdulillah, hari ini (16 Februari 2025) kami turun ke Concubine Lane, Ipoh untuk menyampaikan Risalah Islam kepada masyarakat Non Muslim. Dengan penuh hikmah, kami berkongsi tentang Pencipta yang menciptakan segala-galanya—langit, bumi, dan setiap detik kehidupan kita.

    Dakwah ini bukan sekadar menyampaikan, tetapi juga mendekati, mendengar, dan memahami. Bukan mudah, tapi betapa mulianya kerja ini! Inilah perjuangan para Nabi, mengajak manusia mengenal Tuhan dengan kasih sayang dan kelembutan.

    Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Guru Agama Dakwah Ipoh yang sudi menerima kehadiran kami dan berkongsi silang budaya kerja dakwah bersama Guru Agama Dakwah Manjung. Semoga ukhuwah dan gerak kerja ini terus berkembang demi manfaat ummah.

    Semoga hati-hati yang menerima risalah hari ini akan terbuka untuk mengenal Islam lebih dekat.

  • 0
  • Cahaya Duha: Iman, Ilmu & Hikmah Warga Emas
  • 2/17/2025-10:0
  • 2/17/2025-12:30
  • Pusat Asuhan Warga Emas (PAWE), Lekir
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/480282420_122157256544330944_1842993928900757618_n.jpg
  • Alhamdulillah, pagi ini (16 Februari 2025) kami berkesempatan bersama warga emas di PAWE Batu 8, Lekir untuk menghidupkan pagi dengan Solat Dhuha berjemaah dan sesi Soal Jawab Ibadah.

    Sungguh tenang melihat wajah-wajah yang penuh ketenangan ini, berkongsi ilmu, bertukar cerita, dan menguatkan lagi hubungan dengan Allah. Ilmu tidak mengenal usia, dan selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita terus belajar dan beribadah.

    Semoga setiap langkah kita menuju ilmu menjadi saksi di akhirat nanti. Doakan agar kami terus diberi kekuatan untuk menyantuni masyarakat dengan hikmah dan kasih sayang.

  • Alhamdulillah, pagi ini (16 Februari 2025) kami berkesempatan bersama warga emas di PAWE Batu 8, Lekir untuk menghidupkan pagi dengan Solat Dhuha berjemaah dan sesi Soal Jawab Ibadah.

    Sungguh tenang melihat wajah-wajah yang penuh ketenangan ini, berkongsi ilmu, bertukar cerita, dan menguatkan lagi hubungan dengan Allah. Ilmu tidak mengenal usia, dan selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita terus belajar dan beribadah.

    Semoga setiap langkah kita menuju ilmu menjadi saksi di akhirat nanti. Doakan agar kami terus diberi kekuatan untuk menyantuni masyarakat dengan hikmah dan kasih sayang.

  • 0
  • Ziarah PPDK Mawaddah, Parit
  • 2/18/2025-9:0
  • 2/18/2025-11:0
  • Parit, Perak Tengah
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/ddfadc43-a92e-4fba-be8a-75331cef470b.jpg
  • Alhamdulillah, pada hari Selasa,, 18 Februari 2025, Guru Agama Dakwah (GAD) telah mengadakan ziarah ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Mawaddah di Parit, dengan fokus kepada dakwah bersama golongan OKU.

    Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai bersama para pelatih, diikuti dengan bacaan doa penerang hati dan doa dipermudahkan urusan. Aktiviti diteruskan dengan sesi mewarna dan menggunting, yang bertujuan merangsang kreativiti dan kemahiran. Selain itu, penerangan mengenai bulan Ramadan telah diberikan, disertai dengan sesi soal jawab untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang ibadah puasa. (sekadar umum)

    Pendekatan mesra dan interaktif ini diharapkan dapat menyemai semangat dan kefahaman agama dalam kalangan pelatih OKU, serta mengeratkan hubungan antara komuniti dan institusi dakwah.

  • 0
  • Ziarah Rumah Warga Emas Non Muslim
  • 2/19/2025-9:30
  • 2/19/2025-11:30
  • Pusat Kebajikan Warga Tua, Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/480685281_122157515336330944_4832248718926690523_n.jpg
  • Alhamdulillah, pada hari Rabu, 19 Februari 2025, Guru Agama Dakwah (GAD) berkesempatan menziarahi warga emas di Pusat Kebajikan Warga Tua, Seri Manjung. Ziarah ini bukan sekadar bertanya khabar, tetapi lebih kepada menyantuni mereka dengan kasih sayang dan menjadi pendengar setia.

    Ada yang rindu anak cucu, ada yang sekadar mahu berbual, dan ada juga yang diam, mungkin menyimpan rindu dalam hati. Kami hanya hadir membawa sedikit keceriaan, berbual santai, dan berkongsi mesej Islam dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan, ada sinar hidayah buat mereka.

    Dakwah bukan hanya pada kata-kata, tetapi juga melalui akhlak dan kasih sayang. Rasulullah ﷺ mengajarkan kita untuk menyebarkan rahmat kepada semua. Hari ini, kami cuba mencontohi sedikit daripada akhlak Baginda.

  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - HSM
  • 2/19/2025-15:0
  • 2/19/2025-17:0
  • Hospital Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/481057650_122157543404330944_5223365473840344743_n.jpg
  • Alhamdulillah, hari ini 19 Februari 2025 (Petang), kami dari Guru Agama Dakwah (GAD) berkesempatan menziarahi pesakit di Hospital Seri Manjung. Ziarah ini bukan sekadar bertanya khabar, tetapi lebih kepada menyantuni mereka dengan nasihat dan bimbingan dalam urusan ibadah.

    Dalam keadaan sakit, ramai yang risau bagaimana mahu solat, bagaimana mahu menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal, bahkan ada yang buntu dengan bebanan kos rawatan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami berpeluang membantu menerangkan cara solat dalam keadaan uzur, menjawab persoalan tentang fidyah, dan juga memberi panduan ringkas tentang permohonan bantuan dialisis melalui MAIPk.

    Sebak bila mendengar kisah mereka, ada yang diuji dengan penyakit, ada yang diuji dengan kewangan. Tapi kami percaya, selagi hati tidak putus asa dengan rahmat Allah, ada sinar harapan di depan. Sakit bukan penghujung jalan, tetapi ujian untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

  • 0
  • Kunjungan Hormat Ke (PAWE), Beruas
  • 2/20/2025-0:0
  • 2/20/2025-0:0
  • Pusat Asuhan Warga Emas, Beruas
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/480600366_122157690470330944_4285940913343187274_n.jpg
  • Alhamdulillah, hari ini (20 Februari 2025) kami dari Guru Agama Dakwah (GAD) berkesempatan membuat kunjungan hormat ke PAWE Beruas. PAWE ini baru sahaja dibuka pada Disember 2024, dan kami rasa bertuah dapat menjadi antara yang awal menziarahi serta mengenali warga emas di sini. Kami juga mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada PAWE Beruas atas kesudian menerima kunjungan kami semalam.

    Dalam pertemuan ini, kami menerangkan tugas dan peranan Guru Agama Dakwah (GAD), khususnya dalam membantu warga emas memahami ilmu agama dengan lebih mudah. Kami juga berbincang tentang aktiviti berkala yang boleh dijalankan di PAWE Beruas—supaya tempat ini bukan sekadar pusat berkumpul, tetapi menjadi pusat ilmu dan ibadah buat semua.

    Jom meriahkan PAWE Beruas!Bagi warga emas sekitar Beruas yang cukup syarat, kami mengajak tuan/puan untuk mendaftar di PAWE Beruas. Lagi ramai yang menyertai, lagi banyak aktiviti yang boleh kita jalankan—bukan sahaja aktiviti keagamaan, tapi juga aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat.

    Semoga kunjungan ini membuka pintu kebaikan untuk semua. Doakan agar dakwah terus berkembang dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai insan.

  • 0
  • Sentuhan Mahabbah: Mengukuhkan Iman Saudara Baru
  • 2/24/2025-9:0
  • 2/24/2025-11:30
  • Sekitar Sitiawan
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/20095cf1-c84b-46d2-a51f-f58139111101.jpg
  • Sentuhan Mahabbah: Mengukuhkan Iman Saudara Baru

    Alhamdulillah, hari ini (24 Februari 2025) kami dari KUDD & Guru Agama Dakwah (GAD) berkesempatan menyantuni saudara baru di sekitar Seri Manjung & Sitiawan dalam program Sentuhan Mahabbah..

    1. Bantuan Prihatin JAIPk
    2. Terus Istiqamah dalam Kelas Mualaf
    3. Ramadan Semakin Hampir
    4. Kewajipan Zakat Fitrah

    Saudara baru bukan sendirian dalam perjalanan ini. Kami ada untuk menyokong, membimbing, dan bersama mereka dalam membina kehidupan yang lebih baik.

  • 0
  • Bimbingan Ibadah Golongan OKU
  • 2/26/2025-10:0
  • 2/26/2025-12:30
  • Sekitar Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/481114962_122158811054330944_4841606959798188194_n.jpg
  • Sentuhan Kasih: Dakwah Bimbingan OKU

    Alhamdulillah, hari ini (26 Februari 2025) Guru Agama Dakwah (GAD) berkesempatan menziarahi dan menyantuni golongan OKU di sekitar Seri Manjung. Dalam ziarah ini, kami bukan sekadar bertanya khabar, tetapi juga membina silaturahim dan menyampaikan sedikit bimbingan ibadah kepada mereka.

    Mendengar dengan Hati, Berbicara dengan KasihSetiap insan diuji dengan cara yang berbeza, dan mereka yang diuji dengan keistimewaan ini adalah antara yang paling sabar. Kami mendengar kisah mereka, berkongsi rintihan dan harapan, serta mendoakan semoga mereka terus kuat dalam ibadah.

    Bicara Tentang Ibadah & RamadanBersama mereka, kami bertukar soalan tentang pengurusan ibadah, berkongsi ilmu tentang kemudahan yang Islam berikan dalam beribadah bagi mereka yang mempunyai kekangan fizikal.

    Ramadan Makin Dekat!Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum Ramadan, kami berbicara tentang persiapan hati dan jiwa untuk menyambut bulan penuh barakah ini. Semoga mereka dapat melalui Ramadan dengan penuh kemudahan dan keberkatan.

    Islam Itu Rahmat untuk SemuaZiarah ini bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu, tetapi satu peringatan buat kita semua—bahawa setiap ujian itu ada hikmah, dan kasih sayang Allah sentiasa bersama hamba-hamba-Nya yang bersabar.

  • 0
  • Bimbingan Dakwah Orang diParol (ODP)
  • 2/27/2025-9:0
  • 2/27/2025-11:0
  • Teluk Batik, Lumut
  • Kembali ke Jalan Cahaya: Dakwah Sosial Bersama Orang Diparol (ODP)

    Teluk Batik | 27 Februari 2025

    Alhamdulillah, hari ini Guru Agama Dakwah (GAD) berpeluang mengadakan sesi dakwah santai bersama adik-adik dan abang-abang yang sedang menjalani program Orang Diparol (ODP). Mereka ini adalah insan yang sedang berusaha untuk bangkit kembali, meninggalkan masa lalu, dan membina kehidupan yang lebih baik.

    Mengenali Diri, Menemui HarapanSesi dimulakan dengan pengenalan diri, diikuti dengan nasihat untuk kekal positif dalam kehidupan. Setiap orang berhak untuk mendapat peluang kedua, kerana rahmat Allah itu luas dan pintu taubat sentiasa terbuka.

    Mendengar dengan Hati, Memahami dengan EmpatiKami mendengar kisah hidup mereka, rintihan mereka yang pernah tersalah memilih jalan, hingga terseret ke arah yang lebih bahaya. Namun, setiap kesilapan bukanlah penamat—sebaliknya satu peluang untuk bermula semula dengan lebih baik.

  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - Pantai Hospital
  • 2/27/2025-11:30
  • 2/27/2025-13:30
  • Pantai Hospital, Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/02/4b3f5166-64d8-4b3d-ae6e-3d2905936a93.jpg
  • Alhamdulillah, hari ini Guru Agama Dakwah (GAD) berkesempatan menziarahi pesakit yang sedang diuji dengan kesakitan. Walaupun jasad diuji, hati mereka tetap ingin dekat dengan Allah.

    Mendengar dan Memahami
    Kami hadir bukan sekadar bertanya khabar, tetapi juga menjadi pendengar setia kepada luahan hati mereka. Kesakitan bukanlah satu hukuman, tetapi satu bentuk kasih sayang Allah—sebagai ujian untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan keimanan.

    Persiapan Ramadan: Bagaimana Pesakit Menjalani Ibadah?
    Bagi pesakit yang bertanya tentang ibadah dalam keadaan uzur, kami menerangkan bagaimana cara solat dalam keadaan sakit serta hukum-hakam puasa Ramadan bagi mereka yang tidak mampu berpuasa.

    Fidyah dan Qadha: Apa yang Perlu Dilakukan?
    Ada juga yang bertanya, "Saya tak sempat ganti puasa tahun lepas, apa yang perlu saya buat?". Kami jelaskan tentang hukum fidyah, siapa yang wajib membayarnya, dan bagaimana cara menggantikan puasa yang tertinggal.

  • 0
  • Hijab Challenge & Listen To Quran
  • 3/1/2025-10:0
  • 3/1/2025-12:30
  • Teluk Batik, Lumut
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Hijab-Challenge-Listen-to-Quran.jpg
  • Alhamdulillah, satu lagi misi dakwah penuh kasih sayang telah berjaya! Hari ini kami berinteraksi dengan masyarakat non-Muslim, mengajak mereka menyahut cabaran berhijab dan mendengar bacaan Al-Quran.

    Reaksi mereka? Teruja & terkesan!Ada yang kagum dengan keindahan hijab, ada yang tersentuh dengan ketenangan ayat suci.

    Kami juga mengagihkan air percuma, sambil menyebarkan risalah tentang kehebatan Ramadan sebagai bulan penuh rahmat.

  • 0
  • Street Dakwah : Ambang Ramadan
  • 3/1/2025-21:30
  • 3/1/2025-23:0
  • Lumut Waterfront
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Street-Dakwah-Ambang-Ramadan.jpg
  • Alhamdulillah, malam tadi kami turun ke Lumut Waterfront untuk menyantuni masyarakat setempat. Dengan suasana santai, kami berbual mesra bersama remaja, keluarga, dan juga mereka yang bukan Muslim, berkongsi tentang keindahan Ramadan yang bakal tiba.

    Ramadan: Bulan Keampunan & RahmatKami mengajak semua untuk sama-sama menghayati keistimewaan bulan Ramadan, di mana setiap amal ibadah dilipatgandakan ganjarannya.

    Ramadan akan tiba, ayuh kita bersedia!Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk melangkah ke Ramadan dengan jiwa yang bersih dan semangat yang berkobar-kobar!

  • 0
  • Mesyuarat Bersama KUDD - MAC
  • 3/3/2025-10:0
  • 3/3/2025-12:30
  • Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Mesyuarat-Bersama-KUDD-MAC-2025.jpg
  • Dihadiri oleh kesemua Guru Agama Dakwah dan diketuai oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Manjung
  • 0
  • Street Dakwah Ramadan : TF Sri Manjung
  • 3/3/2025-17:30
  • 3/3/2025-19:30
  • TF Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Street-Dakwah-Ramadan-TF-Seri-Manjung.jpg
  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit- HSM
  • 3/5/2025-11:0
  • 3/5/2025-1:30
  • Hospital Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Ziarah-Ibadah-Pesakit-HSM.jpg
  • Alhamdulillah, kami berpeluang menyantuni pesakit yang sedang diuji dengan kesakitan di bulan Ramadan. Ada yang rindu suasana berbuka di rumah, ada yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh beribadah dalam keadaan uzur.

    Apa yang kami sampaikan?✅ Fiqh Ibadah Ketika Sakit – Bagaimana cara solat & puasa bagi pesakit? Apa hukum fidyah?
    ✅ Motivasi Ramadan – Ujian sakit adalah tanda kasih sayang Allah, peluang untuk penghapusan dosa & peningkatan iman.
    ✅ Edar risalah keistimewaan Ramadan – Supaya kita semua terus semangat merebut keberkatan bulan ini.

    Jangan pernah rasa terpinggir! Allah tahu setiap usaha kecil kita dalam beribadah, dan setiap kesabaran itu ada ganjarannya.

  • 0
  • Ziarah Saudara Baru: Mengukuhkan Ukhuwah & Aqidah
  • 3/6/2025-9:0
  • 3/6/2025-11:30
  • Ayer Tawar
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Ziarah-Saudara-Baru-Mengukuhkan-Ukhuwah-Aqidah.jpg
  • Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan menziarahi saudara baru kita, menyambung ukhuwah dan memastikan mereka tidak rasa terpinggir selepas memeluk Islam. Hidayah itu milik Allah, tapi tanggungjawab kita untuk membimbing.

    ✅ Sesi Perkenalan & Perbualan – Berbual santai, mendengar kisah mereka, memberi sokongan moral supaya mereka terus yakin dengan agama ini.

    ✅ Bantuan Makanan Asas – Supaya mereka rasa lebih dihargai dan tidak sendirian dalam perjalanan ini.

    ✅ Nasihat Aqidah – Mengukuhkan iman, mengingatkan bahawa keislaman itu bukan sekadar ucapan, tetapi perlu diperkukuhkan dengan ilmu & amalan.

    Islam itu agama kasih sayang. Kita bukan sekadar mengajak orang masuk Islam, tapi kita juga bertanggungjawab memastikan mereka terus kuat dalam Islam.

  • 0
  • Sentuhan Kasih: Fiqh Ibadah Bersama Warga Emas
  • 3/10/2025-10:0
  • 3/10/2025-12:30
  • Rumah Nur Kasih, Desa Manjung Point
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Sentuhan-Kasih-Fiqh-Ibadah-Bersama-Warga-Emas.jpg
  • Hari ini, kami berpeluang menyantuni warga emas yang menghuni Pusat Jagaan Nur Kasih Abadi. Mereka bukan sekadar insan yang lebih berusia, tetapi mereka adalah penyimpan pengalaman dan kisah hidup yang penuh hikmah.

    Mendengar & MemahamiKami memulakan sesi dengan bertanya kabar & mendengar luahan hati mereka. Ada yang merindui anak-anak, ada yang sepi tanpa keluarga, tetapi mata mereka tetap bercahaya bila ada yang sudi mendengar.

    Praktikal Wudhu' Menggunakan Botol SprayTidak semua mampu bangun ke tandas untuk mengambil wudhu’. Hari ini, kami mengajarkan kaedah wudhu' menggunakan botol spray, sebagai solusi untuk mereka yang uzur. Islam itu mudah, dan ibadah tidak perlu terhenti walaupun diuji dengan kesihatan.

    Solat Ketika Sakit: Jangan Tinggalkan Doa & SujudKami turut membimbing mereka dalam praktikal solat duduk & baring. Solat bukan beban, tetapi rahmat yang menenangkan hati. Walau dalam keadaan sakit, Allah tetap dekat dengan hamba-Nya.

  • 0
  • Kunjungan Hormat: Dakwah Bersama Golongan OKU Intelek
  • 3/11/2025-10:0
  • 3/11/2025-12:0
  • Pusat Jagaan Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Pusat-Jagaan-Bengkel-Perlindungan-Semangat-Maju-Sitiawan.jpg
  • Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan melakukan kunjungan hormat di Pusat Jagaan Bengkel Perlindungan Semangat Maju, sebuah tempat yang memberikan perlindungan dan bimbingan kepada insan OKU Intelek. Di sini, mereka diberi peluang untuk membentuk kemahiran dan mencari pekerjaan yang sesuai untuk masa depan yang lebih cerah.

    Pengenalan Gerak Kerja GAD ManjungDalam sesi pengenalan, kami membentangkan gerak kerja GAD Manjung, bagaimana kami terus berusaha membimbing dan memberikan sokongan rohani kepada setiap lapisan masyarakat, termasuk mereka yang memerlukan perhatian khusus seperti golongan OKU intelek.

    Kerohanian Itu Penuh KekuatanRata-rata penghuni pusat ini berusia 20 tahun ke atas, dan kami sangat terkesan apabila pihak pengurusan sangat mengalu-alukan cadangan untuk menambah aktiviti kerohanian di sini. Islam mengajarkan kita untuk tidak membiarkan sesiapa merasa terpinggir, setiap individu berhak merasai kedamaian dan kasih sayang dari Allah.

    Semoga setiap langkah kecil ini membawa sinar harapan baru dalam hidup mereka. Kami yakin, dengan keikhlasan dan semangat yang tinggi, mereka akan berjaya dan memberi impak positif kepada masyarakat sekitar.

  • 0
  • Street Dakwah Ramadan : Bazar Ramadan MPM
  • 3/11/2025-17:30
  • 3/11/2025-19:30
  • MPM, Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Street-Dakwah-Ramadan-Bazar-Tapak-MPM.jpg
  • Hujan renyai yang membasahi bumi petang ini tidak menghalang langkah kami untuk menyampaikan risalah Ramadan dan mengajak umat Islam terus meningkatkan amalan di bulan penuh keberkatan ini.

    Berbagi Salam, Menyebar KebaikanKami memilih pendekatan santai, bertegur sapa dengan peniaga dan pengunjung bazar, menyebarkan senyuman & salam—sesuatu yang nampak kecil, tapi besar nilainya di sisi Allah.

    Ingatlah, Ramadan Bukan Sekadar Lapar & DahagaSetiap hela nafas di bulan ini adalah peluang untuk mengumpul pahala, setiap langkah ke arah kebaikan adalah peluang menambah amal. Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa kita mengambil manfaatnya sepenuhnya.

    Dakwah Itu Bukan Hanya di Masjid, Tetapi di Mana-manaAlhamdulillah, biarpun hanya sekadar risalah dan teguran mesra, semoga ada hati yang tersentuh, ada jiwa yang tersedar, dan ada amalan yang bertambah.

  • 0
  • Street Dakwah Ramadan: Menyampaikan Islam dengan Hikmah
  • 3/13/2025-9:30
  • 3/13/2025-11:30
  • Pasar Khamis, Sitiawan
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Pasar-Khamis-Sitiawan.jpg
  • Hari ini, dakwah diteruskan dengan menyantuni masyarakat non-Muslim di Pasar Khamis, Sitiawan. Pendekatan yang digunakan adalah secara santai dan harmoni, memberi ruang untuk berbual dan berkongsi tentang Islam dalam suasana penuh keterbukaan.

    Kami menyampaikan risalah tentang keindahan Islam, memberi pencerahan mengenai asas kepercayaan dalam agama ini, serta mengajak mereka untuk memahami Islam dengan lebih mendalam. Islam adalah rahmat untuk semua, dan tugas kita sebagai Muslim adalah menyampaikan kebaikan dengan hikmah dan kasih sayang.

    Semoga usaha kecil ini membuka hati-hati mereka untuk lebih mengenali Islam sebagai agama yang membawa keamanan dan kedamaian kepada semua.

  • 0
  • Street Dakwah Ramadan: Edaran Bubur Lambuk
  • 3/15/2025-10:30
  • 3/15/2025-17:30
  • Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Street-Dakwah-Ramadan-Edaran-Bubur-Lambuk-kepada-Food-Rider-Orang-Awam.jpg
  • Alhamdulillah, program edaran bubur lambuk sempena Ramadan berjalan dengan lancar. Bermula sejak pagi, pasukan kami menyediakan dan memasak bubur lambuk dengan penuh semangat, sebelum dibungkus dan disusun untuk diagihkan selepas solat Zohor.

    Sebelah petang, edaran dimulakan dengan menyantuni food rider yang bertungkus-lumus mencari rezeki, diikuti dengan orang awam yang ditemui sepanjang jalan. Ramadan adalah bulan berkongsi kebaikan, dan sekecil mana pun pemberian, ia tetap bermakna bagi mereka yang menerimanya.

    Dakwah bukan hanya dengan kata-kata, tetapi juga dengan tindakan. Islam mengajar kita untuk saling membantu, mengukuhkan silaturahim, dan membawa kebahagiaan kepada orang lain. Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan dan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat.

  • 0
  • Ihya’ Ramadan: Bersama Saudara Baru Daerah Manjung
  • 3/15/2025-18:30
  • 3/15/2025-22:0
  • Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/Ihya-Ramadan-Bersama-Saudara-Baru-Daerah-Manjung.jpg
  • Alhamdulillah, program Ihya’ Ramadan bersama saudara baru telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan ukhuwah. Program ini bertujuan menyantuni dan membimbing golongan mualaf agar lebih memahami Islam serta merasai kemeriahan Ramadan dalam suasana kebersamaan.

    Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta, diikuti dengan bacaan tahlil sebagai tanda kesyukuran dan doa keberkatan. Ketika azan Maghrib berkumandang, para hadirin bersama-sama menikmati iftar jamaie, sebelum meneruskan solat Maghrib, Isyak, dan solat Tarawih berjemaah.

    Sebagai tanda penghargaan dan sokongan, saudara baru turut menerima saguhati berbentuk beg dan beras, hasil sumbangan daripada MAIPk Daerah Manjung. Ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak MAIPk Daerah Manjung atas sumbangan yang diberikan dalam membantu saudara baru menjalani kehidupan yang lebih stabil dan penuh keberkatan dalam Islam.

  • 0
  • Ziarah Ramadan: Mengukuhkan Ukhuwah Bersama Saudara Mualaf
  • 3/17/2025-10:0
  • 3/17/2025-12:0
  • Sekitar Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/484915986_122162192810330944_8355467458328338781_n.jpg
  • Alhamdulillah, dalam semangat Ramadan, kami berkesempatan menziarahi saudara mualaf yang telah lama memeluk Islam. Ziarah ini bukan sekadar kunjungan biasa, tetapi tanda ingatan dan sokongan agar mereka terus istiqamah dalam agama Allah.

    Dalam pertemuan ini, kami:1. Menyantuni dan mendengar kisah mereka sebagai saudara seakidah2. Menyampaikan sumbangan daripada Bahagian Dakwah JAIPk sebagai tanda keprihatinan3. Mengukuhkan silaturahim agar mereka terus merasa sebahagian daripada keluarga besar Islam4. Mengingatkan tentang keindahan iman dan keteguhan akidah, agar mereka kekal teguh hingga kembali kepada Allah dalam husnul khatimah

  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - HSM
  • 3/19/2025-15:0
  • 3/19/2025-17:0
  • Hospital Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/11433884-9cc4-4fe7-9032-c54f5fa449f2.jpg
  • Alhamdulillah, hari ini kami berpeluang menyantuni pesakit yang sedang diuji dengan kesakitan di bulan Ramadan. Ada yang rindu suasana berbuka di rumah, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh menunaikan ibadah dalam keadaan uzur.

    Kami sampaikan panduan fiqh ibadah ketika sakit, seperti cara solat dan puasa bagi pesakit serta hukum fidyah. Selain itu, kami turut memberi motivasi bahawa ujian kesakitan adalah tanda kasih sayang Allah dan peluang untuk penghapusan dosa. Risalah tentang keistimewaan Ramadan juga diedarkan agar semua terus bersemangat merebut ganjaran bulan penuh keberkatan ini.

  • 0
  • Bubur Lambuk & Dakwah Ramadan: Menyantuni Masyarakat Pulau Pangkor
  • 3/20/2025-10:0
  • 3/20/2025-21:0
  • Masjid Daerah & Pulau Pangkor
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/3c8c8cc9-be05-4360-8498-8c0c57f76a90.jpg
  • Program pada hari ini dimulakan dengan aktiviti menyediakan bubur lambuk bersama peserta Orang DiParol (ODP) sebagai salah satu bentuk bimbingan sosial dan rohani. Aktiviti ini bukan sekadar memasak, tetapi menjadi ruang untuk membina nilai murni, kerjasama dan pengukuhan semangat kembali kepada jalan kebaikan.

    Sebelah petang, edaran bubur lambuk diteruskan di Pulau Pangkor. Ia disampaikan kepada penduduk setempat sebagai tanda kasih sayang dan simbol silaturrahim di bulan Ramadan.

    Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama penduduk Pulau Pangkor. Suasana penuh ketenangan ini dimanfaatkan untuk menyemai nilai dakwah melalui pendekatan yang harmoni dan mesra masyarakat.

  • 0
  • Street Dakwah Ramadan: Menyapa Jiwa Muda di Hujung Ramadan
  • 3/23/2025-17:30
  • 3/23/2025-19:30
  • Pasir Panjang Laut, Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/03/486613857_122163134816330944_6655794951210942750_n.jpg
  • Alhamdulillah, usaha dakwah diteruskan melalui pendekatan lapangan bersama kelompok remaja yang berkumpul di sekitar Pasir Panjang Laut. Kehadiran kami bukan untuk menilai, tetapi untuk menyantuni dan mengajak dengan hikmah.

    Kami menyampaikan risalah Ramadan, khususnya mengenai keistimewaan 10 malam terakhir yang penuh dengan peluang keampunan dan ganjaran besar di sisi Allah. Suasana santai ini dimanfaatkan untuk mengingatkan remaja agar tidak lepaskan peluang berharga dalam Ramadan ini.

    Dakwah tidak semestinya dari mimbar. Ia boleh bermula dari perbualan ringkas, risalah kecil, dan niat besar untuk membawa manusia kembali kepada Tuhan.

  • 0
  • Mesyuarat Bersama KUDD - April
  • 4/7/2025-9:30
  • 4/7/2025-11:30
  • Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
  • 0
  • Street Dakwah : Hijrah Jiwa di Marina Wing
  • 4/7/2025-21:0
  • 4/7/2025-23:0
  • Lumut, Marina Wing
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/04/490697145_122166822200330944_4066827925657648833_n.jpg
  • Alhamdulillah, pendekatan dakwah lapangan diteruskan dengan menyantuni remaja sosial dan masyarakat non-Muslim di sekitar Marina Wing, Lumut.

    Fokus utama program kali ini adalah edaran risalah berkaitan isu LGBT, dengan pendekatan yang penuh hikmah. Kami memilih untuk mendekati dan menyantuni, bukan menghakimi—dakwah itu lebih berkesan bila hadir bersama kasih sayang dan kefahaman.

    Dalam masa yang sama, program Hijab Day dan Al-Quran Challenge turut dijalankan. Ia menjadi ruang interaksi untuk memperkenalkan Islam secara lebih mesra kepada masyarakat bukan Islam, serta menyemai kesedaran beragama dalam kalangan remaja Muslim.

  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - Hospital Manjung
  • 4/9/2025-11:0
  • 4/9/2025-13:0
  • Hospital Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/04/489445175_122166185312330944_7200321175157574407_n.jpg
  • Program hari ini memberi fokus kepada bimbingan fiqh ibadah pesakit bagi pesakit Muslim di Hospital Seri Manjung. Panduan solat dan wuduk ketika sakit disampaikan dengan pendekatan mesra, agar pesakit dapat terus menunaikan tanggungjawab ibadah walaupun dalam keadaan uzur.

    Dalam masa yang sama, kami turut menziarahi pesakit non-Muslim sebagai tanda kepedulian dan penghormatan terhadap nilai kemanusiaan sejagat. Pendekatan ini adalah cerminan bahawa Islam menggalakkan rahmat dan kasih sayang kepada semua, tanpa mengira latar belakang.

    Semoga usaha kecil ini membuka pintu kepada kesedaran, ketenangan hati dan memperkukuhkan rasa tanggungjawab dalam menyebarkan nilai dakwah secara berhikmah.

  • 0
  • Street Dakwah : Menelusuri Jiwa Remaja, Pasir Panjang Laut
  • 4/13/2025-17:30
  • 4/13/2025-19:30
  • Pasir Panjang Laut, Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/04/a39a49c5-d73b-4270-b307-a576d16f8a07.jpg
  • Program dakwah santai diteruskan dengan menyantuni sekumpulan remaja sosial yang berkumpul di sekitar Pasir Panjang Laut. Aktiviti ini bertujuan mendekati mereka secara berhemah dan berhikmah, menyampaikan nasihat serta membuka ruang untuk perbualan dan peringatan agama.

    Edaran flyers disampaikan sebagai bahan bacaan dan peringatan ringan, manakala bacaan Surah Al-Fatihah dibacakan bersama sebagai simbol permulaan kepada usaha memperbaiki diri. Nasihat berkaitan akhlak, solat dan kepentingan menjaga batas pergaulan turut disampaikan secara mesra dan santai.

    Usaha kecil ini adalah cerminan bahawa dakwah bukan hanya berlaku di pentas ceramah, tetapi juga di tempat-tempat terbuka yang menjadi ruang pertemuan anak muda. Semoga ia menjadi asbab perubahan dan titik mula kepada kehidupan yang lebih diredhai.

  • 0
  • Taklimat Pengurusan Integriti Anggota Jawatankuasa Kariah Negeri Perak
  • 4/14/2025-8:0
  • 4/14/2025-13:0
  • Dewan Mohd Anwar, IKM Lumut, Seri Manjung, Perak
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/05/Banner-Pencegah-Rasuah-scaled.jpg
  • Program ini menghimpunkan Anggota Jawatankuasa Kariah seluruh Negeri Perak bagi meningkatkan kefahaman berkenaan tadbir urus integriti, ketelusan dalam pengurusan institusi masjid dan amanah yang dipikul sebagai pemegang jawatan.

    Taklimat ini memberi penekanan kepada nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan peranan AJK Kariah dalam memastikan masjid terus menjadi institusi yang dipercayai masyarakat.

    Program telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

    Semoga usaha ini memperkukuhkan lagi sistem pentadbiran masjid serta memupuk budaya kerja berintegriti dalam kalangan kepimpinan komuniti Islam.

  • 0
  • Kursus Kemahiran Pengendalian Mosque Tour Negeri Perak 2025
  • 4/15/2025-8:0
  • 4/17/2025-22:0
  • Bayview Hotel Georgetown, Pulau Pinang
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/04/1ea3fe18-85b5-432b-8eee-70abf4b11897.jpg
  • Kursus ini menghimpunkan barisan Guru Agama Dakwah (GAD), Ketua Unit Dakwah Daerah (KUDD), dan AJK Masjid Terpilih dari seluruh Negeri Perak bagi memperkasakan kemahiran pengendalian Mosque Tour, khususnya kepada masyarakat bukan Islam.

    Antara pengisian utama sepanjang kursus:

    Pengenalan dan objektif pelaksanaan Mosque Tour, Teknik Dakwah ABC, Latihan praktikal di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang & Pembentangan dan rumusan berkumpulan

    Program ini adalah satu ikhtiar dakwah menyantuni masyarakat bukan Islam melalui pendekatan yang berhemah dan berkesan. Ia juga menjadi ruang memperkukuh kefahaman serta keupayaan juru dakwah di lapangan dalam mempersembahkan keindahan Islam secara praktikal dan inklusif.

  • 0
  • Program Mosque Tour Bersama Komuniti Non Muslim dan Jamuan Aidilfitri
  • 4/20/2025-17:0
  • 4/20/2025-20:30
  • Masjid Sultan Alang Iskandar Shah, Masjid KDSK
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/04/491966220_122168306528330944_7023269857408149173_n.jpg
  • Alhamdulillah, program Mosque Tour bersama komuniti non-Muslim telah berjaya dilaksanakan dengan suasana penuh harmoni dan keterbukaan.

    Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kefahaman sebenar tentang Islam, mengelakkan salah faham, serta membina jambatan toleransi antara agama dan kaum. Peserta diberi penerangan tentang konsep kiblat, wuduk, azan, solat, waktu solat dan peranan mimbar dalam Islam.

    Sesi diteruskan dengan jamuan Aidilfitri bersama komuniti, sebagai simbol silaturahim dan semangat perpaduan yang diraikan bersama.

    Islam adalah agama yang membawa rahmat dan kasih sayang kepada seluruh manusia. Dengan pendekatan dakwah yang bersifat dialog dan mesra, diharap lebih ramai yang memahami bahawa Islam adalah agama kedamaian, bukan ancaman.

  • 0
  • Tadabbur Surah Al-Hujurat: Membentuk Peribadi Mukmin Melalui Pengajaran Sirah
  • 4/25/2025-10:0
  • 4/25/2025-12:0
  • PAWER, Batu 8, Lekir
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/04/Tadabbur-Surah-Al-Hujurat-Membentuk-Peribadi-Mukmin-Melalui-Pengajaran-Sirah.jpg
  • Alhamdulillah, hari ini berlangsung sesi Tadabbur Surah Al-Hujurat Ayat 1 hingga 6 bersama warga emas di Pusat Asuhan Batu 8, Lekir. Fokus utama pembentangan adalah tentang "Adab Membentuk Peribadi Mukmin", mengambil inspirasi daripada pengajaran dalam Sirah Nabawi dan aplikasinya dalam kehidupan masa kini.

    Sesi tadabbur ini menekankan bagaimana Islam membimbing umatnya membina akhlak mulia, bermula dengan adab terhadap Allah dan Rasul, seterusnya terhadap sesama manusia. Sirah Nabi Muhammad SAW dijadikan contoh hidup, bagaimana baginda mengamalkan adab dalam seluruh aspek kehidupan.

    Penekanan turut diberikan kepada realiti hari ini, di mana nilai adab dan akhlak semakin penting untuk diperkukuhkan, terutama dalam masyarakat yang semakin berdepan cabaran sosial..

    Semoga tadabbur ini menjadi asbab kepada lahirnya insan yang lebih beradab, berakhlak dan istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin sejati.

  • 0
  • Street Dakwah Remaja : Menyebarkan Hikmah di Tanjung Kepah
  • 4/27/2025-17:30
  • 4/27/2025-19:30
  • Tanjung Kepah, Lekir
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/04/494183903_122169782342330944_3247805550023007073_n.jpg
  • Alhamdulillah, program dakwah santai diteruskan dengan menyantuni remaja yang berkumpul di sekitar Tanjung Kepah. Kami hadir bukan untuk menghakimi, tetapi untuk mendekati dan menyampaikan nasihat dengan penuh kasih sayang, sebagaimana yang diajar oleh Islam.

    Dalam suasana yang santai, kami mengambil peluang untuk berkongsi tentang aktiviti-aktiviti bermanfaat yang boleh diikuti oleh remaja. Nasihat juga diberikan kepada beberapa pasangan muda yang berdua-duaan, walaupun di tempat terbuka, agar mereka sentiasa menjaga adab dan batas pergaulan menurut panduan Islam.

    Dakwah kepada remaja perlu disampaikan dengan hikmah dan kesabaran, kerana merekalah bakal pewaris masa depan ummah. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab perubahan hati ke arah kebaikan dan membina generasi yang lebih bertaqwa.

  • 0
  • Teguran Kasih: Membimbing Remaja Menjaga Akhlak dan Adab
  • 4/28/2025-9:0
  • 4/28/2025-11:0
  • Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/04/Teguran-Kasih-Membimbing-Remaja-Menjaga-Akhlak-dan-Adab.jpg
  • Hari ini, satu sesi khusus diadakan bagi memanggil beberapa remaja untuk diberikan teguran, khidmat nasihat serta bimbingan berhubung isu akhlak, adab dan batasan pergaulan.

    Nasihat disampaikan dengan pendekatan yang berhikmah, mengingatkan mereka bahawa adab dan akhlak merupakan asas kekuatan seorang Muslim. Pergaulan tanpa batas bukan sahaja membawa kepada kemudaratan peribadi, malah mencemarkan maruah sebagai umat Islam.

    Islam menganjurkan agar setiap individu menjaga dirinya dengan batasan syarak, demi melindungi kehormatan, akidah dan masa depan. Semoga nasihat dan teguran ini menjadi titik perubahan kepada mereka untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah dengan akhlak yang lebih terpuji.

  • 0
  • Hidayah Milik Allah: Pengislaman Saudara Baru di Kampung Koh
  • 4/29/2025-20:30
  • 4/29/2025-20:30
  • Kampung Koh, Sitiawan
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/04/Hidayah-Milik-Allah-Pengislaman-Saudara-Baru-di-Kampung-Koh.jpg
  • Alhamdulillah, dengan izin Allah, seorang lagi insan telah dipilih untuk menerima cahaya Islam dalam satu majlis ringkas pengislaman yang berlangsung di Kampung Koh, Sitiawan.

    Proses ini disaksikan oleh Guru Agama Dakwah (GAD) bersama sahabat-sahabat dari PERKIM. Bacaan dua kalimah syahadah dilafazkan dengan penuh kesedaran dan keinsafan, menandakan permulaan hidup baharu sebagai seorang Muslim.

    Islam adalah agama yang menyantuni dan mendidik dengan kasih sayang. Hari ini menjadi saksi bahawa hidayah itu milik Allah, dan kita hanyalah penyampai yang bertanggungjawab membuka ruang dan memberi sokongan.

    Semoga saudara baru ini terus diberi keteguhan hati dalam menelusuri jalan iman dan diberikan kekuatan untuk istiqamah sebagai hamba Allah yang taat.

  • 0
  • Bimbingan Berterusan: Membina Akhlak Remaja dengan Teguran Hikmah
  • 4/30/2025-14:30
  • 4/30/2025-16:30
  • Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/04/Bimbingan-Berterusan-Membina-Akhlak-Remaja-dengan-Teguran-Hikmah.jpg
  • Sesi kedua teguran dan khidmat nasihat kepada beberapa remaja telah dijalankan hari ini sebagai kesinambungan kepada usaha membimbing generasi muda ke arah akhlak dan pergaulan yang lebih berdisiplin.

    Slot ini memberi ruang untuk mendalami punca tingkah laku serta menekankan tanggungjawab sebagai remaja Muslim yang perlu menjaga maruah diri, akhlak dan batas pergaulan dengan lebih matang.

    Nasihat disampaikan secara terbuka dan penuh kasih sayang agar mereka sedar bahawa setiap tindakan hari ini membentuk masa depan mereka sebagai pemimpin, anak soleh, dan anggota masyarakat yang dihormati.

    Islam mendidik dengan rahmat dan kelembutan, dan pendekatan sebeginilah yang terus kami pegang dalam mendekati anak muda yang sedang mencari arah.

  • 0
  • Mesyuarat Bulanan bersama KUDD
  • 5/5/2025-9:30
  • 5/5/2025-12:30
  • Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
  • 0
  • Ziarah Mahabbah Saudara Baru Manjung & Sitiawan
  • 5/6/2025-10:0
  • 5/6/2025-12:0
  • Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/05/495379190_122171331938330944_7365603825729492688_n.jpg
  • Hari ini Guru Agama Dakwah (GAD) turun padang menyantuni keluarga mualaf di sekitar Manjung dan Sitiawan. Ziarah ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas, malah sebagai usaha membina hubungan ukhuwah dan sokongan moral kepada mereka yang telah memilih Islam sebagai jalan hidup.

    Kehadiran kami membawa mesej bahawa mereka tidak keseorangan. Dakwah bukan hanya pada kata-kata, tetapi juga pada tindakan – mendekati, memahami, dan bersama-sama menenangkan kegusaran yang mungkin timbul dalam fasa kehidupan baru mereka.

    Semoga usaha kecil ini menjadi pemangkin kepada kekuatan aqidah dan istiqamah mereka dalam berpegang pada agama Allah.

  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit Hospital Seri Manjung
  • 5/7/2025-11:30
  • 5/7/2025-13:30
  • Hospital Seri Manjung
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/05/496006103_122171598662330944_5822580832438770417_n.jpg
  • Pada 7 Mei 2025 (Rabu), Guru Agama Dakwah (GAD) meneruskan usaha dakwah melalui ziarah mingguan ke Hospital Seri Manjung. Fokus utama kali ini adalah membantu pesakit Muslim memahami kaedah bersuci dan menunaikan solat ketika sakit, termasuklah penerangan tentang wudhu', serta solat duduk atau baring.

    Dalam masa yang sama, kami turut menziarahi beberapa pesakit non-Muslim. Tanpa membawa isu kepercayaan, kami hadir sebagai pendengar yang menghormati, menyantuni mereka dengan adab dan empati. Dakwah bil hal adalah pendekatan utama kami – menyampaikan mesej Islam melalui akhlak dan kasih sayang.

    Kami percaya setiap langkah kecil dakwah yang ikhlas mampu memberi kesan besar dalam hati manusia, sama ada secara langsung atau tidak.

  • 0
  • Street Dakwah Pasar Khamis – Muhammad Adalah Nabi Terakhir
  • 5/8/2025-10:0
  • 5/8/2025-12:0
  • Pekan Khamis, Sitiawan
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/05/495382318_122171795990330944_3801263866226742354_n.jpg
  • Street dakwah hari ini berlangsung di Pasar Khamis, Sitiawan dengan pendekatan santai, tetapi membawa mesej penting yang menyentuh asas akidah iaitu "Muhammad adalah Nabi Terakhir".

    Masyarakat umum disantuni dengan penerangan berhemah, mengajak untuk mengenali peranan Nabi Muhammad SAW sebagai penyampai risalah akhir zaman. Dalam masa yang sama, kami turut mendekati masyarakat non-Muslim melalui pendekatan Listening Quran, iaitu memperdengarkan ayat-ayat suci dengan harapan ia menyentuh hati dan menjadi pembuka bicara dakwah.

    Pendekatan ini bukan sekadar untuk memberi kefahaman kepada umat Islam, tetapi juga sebagai jambatan awal memperkenalkan keindahan Islam kepada yang belum mengenalinya.

  • 0
  • Street Dakwah Gate Harimau 1 – Menyentuh Isu Sosial Anak Muda
  • 5/10/2025-20:0
  • 5/10/2025-22:0
  • Gate Harimau Satu, Lumut
  • https://harmonimanjung.com/wp-content/uploads/2025/05/d8de7232-af59-400b-bf2c-8cad5de1b375.jpg
  • Street dakwah kali ini memberi fokus kepada isu-isu sosial yang sering menjerat anak muda, terutamanya berkaitan gejala perjudian dan budaya merempit.

    Kami mengedarkan risalah yang menjelaskan akibat buruk judi dan kesan negatif merempit, bukan sekadar dari sudut undang-undang, tetapi juga dari perspektif agama dan kemasyarakatan. Dalam pertemuan ini, kami berborak santai bersama beberapa remaja dan belia tempatan, mendengar pandangan mereka serta menyampaikan nasihat secara hikmah.

    Perbualan ini menjadi ruang untuk menyemai kesedaran bahawa Islam bukan agama yang menghukum, tetapi membimbing dan memberi jalan keluar daripada kegelapan kepada cahaya.

    Semoga usaha ini membuka hati anak muda untuk mendekati kehidupan yang lebih terarah dan kembali kepada nilai-nilai Islam yang sejahtera.

  • 0
  • Ziarah OKU Fizikal
  • 5/14/2025-10:0
  • 5/14/2025-12:0
  • Sekitar Seri Manjung
  • 0
  • Street Dakwah : Teluk Batik (Hijab Challenge & Listen al-Quran)
  • 5/17/2025-10:0
  • 5/17/2025-12:0
  • Teluk Batik, Lumut
  • 0
  • Program Mosque Tour, Masjid Pantai Remis
  • 5/18/2025-15:0
  • 5/18/2025-17:0
  • Masjid Pantai Remis
  • 0
  • PAWE Beruas
  • 5/19/2025-10:0
  • 5/19/2025-12:0
  • Beruas
  • 0
  • Ziarah OKU Fizikal
  • 5/20/2025-10:0
  • 5/20/2025-12:0
  • Sekitar Seri Manjung
  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - HSM
  • 5/21/2025-15:0
  • 5/21/2025-17:0
  • Hospital Seri Manjung
  • 0
  • PAWE Lekir
  • 5/23/2025-10:0
  • 5/23/2025-12:0
  • Batu 8 Lekir, Masjid Haji Isa
  • 0
  • Street Dakwah Remaja Sosial
  • 5/25/2025-17:30
  • 5/25/2025-19:30
  • Tanjung Kepah, Lekir
  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - KPJ Hospital
  • 5/27/2025-11:30
  • 5/27/2025-13:30
  • KPJ Hospital Manjung
  • 0
  • Ziarah Ibadah Pesakit - Pantai Hospital
  • 5/28/2025-11:30
  • 5/28/2025-13:30
  • Pantai Hospital, Seri Manjung
  • 0
  • Street Dakwah : Lumut (Hijab Day & Listen al-Quran)
  • 5/30/2025-20:0
  • 5/30/2025-22:0
  • Lumut
  • 0

Sasaran Guru Agama Dakwah (GAD)

1
Non-Muslim

Menerangkan kefahaman Islam dan Salah Paham yang berlaku kepada masyarakat Non-Muslim

2
Golongan Gejala Sosial (Islam)

LGBT, Dadah, Melepak, Pergaulan Bebas, Perbuatan tidak sopan ditempat awam, dan lain-lain

3
Umat Islam Yang Memerlukan Bimbingan

Ibadah Pesakit di Hospital, Warga Emas, Rumah Kebajikan Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU)

Pecahan Aktiviti Dakwah di Daerah Manjung

Dakwah Harmoni Daerah Manjung menggerakkan pelbagai inisiatif menyantuni masyarakat, termasuk dakwah umum, kebajikan, pendidikan, dan sokongan komuniti. Setiap segmen memainkan peranan penting dalam menyebarkan nilai Islam dengan pendekatan kasih sayang dan hikmah.

Pembahagian Focal Person

Proses Kemasukan Islam

Mana-mana NGO atau Bukan NGO, yang secara langsung atau tidak langsung Syahadahkan seseorang, boleh datang ke Pejabat Agama Islam Daerah Manjung untuk proses Pendaftaran Keislaman

Soalan Lazim

Pertanyaan Umum

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi kami

Tidak, ini bukanlah laman web rasmi pejabat agama, tetapi ini adalah Unit Dakwah Pejabat Agama Daerah Manjung (Sebahagian daripada Pejabat Agama Daerah Manjung)

Tidak sama sekali. Team Harmoni Manjung dan guru agama dakwah sentiasa memberi perhatian kepada mualaf dan tidak akan mengabaikan mereka. Sebaliknya, mereka akan dibimbing secara berterusan melalui kelas Fardu Ain yang diadakan setiap minggu. Kelas ini dikendalikan oleh guru APIM (Asas Pengajian Islam Mualaf) yang telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam dan MAIPk untuk memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sewajarnya.

Anda boleh datang ke Pejabat Agama Daerah Manjung untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelas yang disediakan. Selain itu, pihak pejabat juga akan memberikan panduan berkaitan, termasuk maklumat mengenai bayaran elaun pengajian yang disediakan.

Kami sangat mengalu-alukan sukarelawan dakwah yang ingin membantu kami