Audit Pensijilan Hospital Mesra Ibadah – 6 Disember 2023

Alhamdulillah, selesai sesi Audit Pensijilan Hospital Mesra Ibadah untuk Hospital Seri Manjung.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Banyak belajar benda baru daripada team HMI yang mantap dan mantul. 

Terbaik!

Terima kasih kepada team HMI yang sporting & hardworking. Kalian memang superb 👍🏼👍🏼👍🏼
Penghargaan buat AJK HMI, penyelaras & seluruh jentera di unit-unit atas kerja keras dan komitmen yang diberikan. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian. 

Terima kasih juga buat para auditor yang baik dan sempoi. Sanggup datang dari jauh, tempuh jarak perjalanan yang lama semata-mata untuk mengangkat ubudiyah kepada Allah. 🫰🏼🫰🏼🫰🏼

Tak lupa juga, jutaan terima kasih buat Harmoni Manjung Guru-guru Agama Dakwah Manjung, Perkim Cawangan Manjung dan Pejabat Agama Daerah Manjung yang memberikan dokongan yang padu dalam menjayakan usaha ini.

Saya mohon maaf jua kepada semua andai tak dapat penuhi expectation.

Kita doakan agar dapat terus istiqamah dan dikurniakan kekuatan untuk terus menjalankan amanah dakwah ini.

Facebook
WhatsApp
Telegram

Di Bawah Naungan Bersama