Details
Kembali ke Jalan Cahaya: Dakwah Sosial Bersama Orang Diparol (ODP) Teluk Batik | 27 Februari 2025 Alhamdulillah, hari ini Guru Agama Dakwah (GAD) berpeluang mengadakan sesi dakwah santai bersama adik-adik dan abang-abang yang sedang menjalani program Orang Diparol (ODP). Mereka ini adalah insan yang sedang berusaha untuk bangkit kembali, meninggalkan masa lalu, dan membina kehidupan yang lebih baik. Mengenali Diri, Menemui Harapan Sesi dimulakan dengan pengenalan diri, diikuti dengan nasihat untuk kekal positif dalam kehidupan. Setiap orang berhak untuk mendapat peluang kedua, kerana rahmat Allah itu luas dan pintu taubat sentiasa terbuka. Mendengar dengan Hati, Memahami dengan Empati Kami mendengar kisah hidup mereka, rintihan mereka yang pernah tersalah memilih jalan, hingga terseret ke arah yang lebih bahaya. Namun, setiap kesilapan bukanlah penamat—sebaliknya satu peluang untuk bermula semula dengan lebih baik.
When & Where
February 27, 2025 (9:00 am) – February 27, 2025 (11:00 am)
Teluk Batik, Lumut