Hidayah Milik Allah: Pengislaman Saudara Baru di Kampung Koh

Aktiviti Program

Alhamdulillah, dengan izin Allah, seorang lagi insan telah dipilih untuk menerima cahaya Islam dalam satu majlis ringkas pengislaman yang berlangsung di Kampung Koh, Sitiawan. Proses ini disaksikan oleh Guru Agama Dakwah (GAD) bersama sahabat-sahabat dari PERKIM. Bacaan dua kalimah syahadah dilafazkan dengan penuh kesedaran dan keinsafan, menandakan permulaan hidup baharu sebagai seorang Muslim. Islam adalah agama yang menyantuni dan mendidik dengan kasih sayang. Hari ini menjadi saksi bahawa hidayah itu milik Allah, dan kita hanyalah penyampai yang bertanggungjawab membuka ruang dan memberi sokongan. Semoga saudara baru ini terus diberi keteguhan hati dalam menelusuri jalan iman dan diberikan kekuatan untuk istiqamah sebagai hamba Allah yang taat.

Tempat & Masa

April 29, 2025 (8:30 pm) – April 29, 2025 (8:30 pm)

Kampung Koh, Sitiawan