Ziarah Ibadah Pesakit - HSM

Details

Alhamdulillah, hari ini 19 Februari 2025 (Petang), kami dari Guru Agama Dakwah (GAD) berkesempatan menziarahi pesakit di Hospital Seri Manjung. Ziarah ini bukan sekadar bertanya khabar, tetapi lebih kepada menyantuni mereka dengan nasihat dan bimbingan dalam urusan ibadah. Dalam keadaan sakit, ramai yang risau bagaimana mahu solat, bagaimana mahu menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal, bahkan ada yang buntu dengan bebanan kos rawatan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami berpeluang membantu menerangkan cara solat dalam keadaan uzur, menjawab persoalan tentang fidyah, dan juga memberi panduan ringkas tentang permohonan bantuan dialisis melalui MAIPk. Sebak bila mendengar kisah mereka, ada yang diuji dengan penyakit, ada yang diuji dengan kewangan. Tapi kami percaya, selagi hati tidak putus asa dengan rahmat Allah, ada sinar harapan di depan. Sakit bukan penghujung jalan, tetapi ujian untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

When & Where

February 19, 2025 (3:00 pm) – February 19, 2025 (5:00 pm)

Hospital Seri Manjung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *