Tarikh: 20 November 2024
Waktu: 11.00 pagi – 12.30 tengah hari
Lokasi: Wad Ibu Bersalin
Alhamdulillah, program Ibadah Pesakit di Pantai Hospital Manjung telah berjaya dijalankan dengan fokus khusus kepada para ibu bersalin. Pasukan Guru Agama Dakwah (GAD) bertugas memberikan bimbingan dan panduan tentang pengurusan ibadah semasa tempoh bersalin dan berpantang.
Antara topik utama yang dibincangkan:
1. Panduan solat bagi ibu dalam nifas – menerangkan hukum-hakam berkaitan solat semasa nifas dan selepas tempoh tersebut.
2. Doa untuk proses bersalin dan penyembuhan – memperkenalkan doa-doa khusus untuk memudahkan kelahiran dan mempercepatkan proses pemulihan.
3. Pengurusan mandi wajib – membimbing para ibu tentang pelaksanaan mandi wajib selepas nifas.
4. Ibadah harian semasa tempoh uzur – menggalakkan amalan seperti zikir, membaca al-Quran secara tafsir, dan doa sebagai usaha mengekalkan hubungan dengan Allah SWT.
Respon daripada para ibu sangat memberangsangkan. Ramai yang berkongsi bahawa sebelum ini mereka menghadapi kekeliruan dalam hal ibadah semasa nifas, dan sesi ini membantu mereka lebih memahami keperluan ibadah. Jururawat yang bertugas turut menyokong program ini kerana ia memberi ketenangan kepada para ibu, baik secara fizikal mahupun emosi.
Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan kepada para ibu bersalin di sini, memberikan mereka kekuatan untuk menjalani ujian dengan penuh kesabaran dan ketenangan.
Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik – (Surah Al-Nahl: 125)