Alhamdulillah, selesai Ziarah Ibadah Pesakit setelah berehat sebulan bagi memberi ruang kepada bulan Ramdan, maka pertengahan April 2024 bermula kembali rutin seperti biasa untuk melaksanakan aktiviti mingguan Hospital Mesra Ibadah.
Ziarah kali ini dibimbing dengan kerjasama daripada Pihak Hospital Seri Manjung, Ustazah Saadah, dan turut serta Rakan Masjid Daerah Manjung.
Semoga setiap yang diuji diberi kekuatan untuk beribadah seperti biasa walau apa pun kesukaran, dan didoakan semoga diberi kesembuhan oleh Allah S.W.T
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik – (Surah Al-Nahl: 125)