Hospital Seri Manjung (HMI) – 17 Jan 2024

Alhamdulillah.. Selesai aktiviti rutin mingguan ziarah ibadah pesakit di Hospital Seri Manjung. Seperti biasa, dikongsikan kepada pesakit2 muslim tentang kewajipan solat dan kaedah mengerjakannya walau dalam keadaan tidak sihat. Kami doakan agar mereka yang ditimpa ujian ini  dikurniakan kesembuhan dari Allah SWT.

**Jangan jemu melihat posting kami berkaitan Hospital, kerana mereka juga sedang diuji oleh Allah, kami hanya sekadar membantu dari sudut “spiritual” untuk menaikkan kembali semangat buat pesakit dan semoga mereka kembali beribadat kepada Allah seperti biasa.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” – Surah Az-Zariyat : 57
Facebook
WhatsApp
Telegram

Di Bawah Naungan Bersama