Hospital Seri Manjung (HMI) – 4 Jan 2024

Alhamdulillah, selesai Pembukaan 2024 bagi urusan Ziarah Ibadah Pesakit, didoakan moga diberi kesembuhan seperti sediakala buat pesakit yang sedang diuji, Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.

** Sedikit sumbangan daripada PERKIM Manjung disampaikan oleh Ustazah Samhah kepada saudara baru kita Abd Karim Ong yang berada di Wad 7, semoga dimudahkan urusan pembedahan bagi kali ke 2 ini

Dari Aisyah RA :
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, Tuhan yang menyembuhkan penyakit, sembuhkanlah penyakit hamba-Mu ini, kerana Engkaulah Maha Penyembuh, tiada yang Menyembuhkan melainkan Penyembuhan daripada-Mu, jadikanlah ia penyembuhan yang tidak diulangi dengan penyakit lagi. (Hadis Riwayat Bukhari)
Facebook
WhatsApp
Telegram

Di Bawah Naungan Bersama