Street Dakwah Pasar Khamis – Muhammad Adalah Nabi Terakhir

Aktiviti Program

Street dakwah hari ini berlangsung di Pasar Khamis, Sitiawan dengan pendekatan santai, tetapi membawa mesej penting yang menyentuh asas akidah iaitu “Muhammad adalah Nabi Terakhir”. Masyarakat umum disantuni dengan penerangan berhemah, mengajak untuk mengenali peranan Nabi Muhammad SAW sebagai penyampai risalah akhir zaman. Dalam masa yang sama, kami turut mendekati masyarakat non-Muslim melalui pendekatan Listening Quran, iaitu memperdengarkan ayat-ayat suci dengan harapan ia menyentuh hati dan menjadi pembuka bicara dakwah. Pendekatan ini bukan sekadar untuk memberi kefahaman kepada umat Islam, tetapi juga sebagai jambatan awal memperkenalkan keindahan Islam kepada yang belum mengenalinya.

Tempat & Masa

May 8, 2025 (10:00 am) – May 8, 2025 (12:00 pm)

Pekan Khamis, Sitiawan