Street Dakwah Remaja : Menyebarkan Hikmah di Tanjung Kepah

Aktiviti Program

Alhamdulillah, program dakwah santai diteruskan dengan menyantuni remaja yang berkumpul di sekitar Tanjung Kepah. Kami hadir bukan untuk menghakimi, tetapi untuk mendekati dan menyampaikan nasihat dengan penuh kasih sayang, sebagaimana yang diajar oleh Islam. Dalam suasana yang santai, kami mengambil peluang untuk berkongsi tentang aktiviti-aktiviti bermanfaat yang boleh diikuti oleh remaja. Nasihat juga diberikan kepada beberapa pasangan muda yang berdua-duaan, walaupun di tempat terbuka, agar mereka sentiasa menjaga adab dan batas pergaulan menurut panduan Islam. Dakwah kepada remaja perlu disampaikan dengan hikmah dan kesabaran, kerana merekalah bakal pewaris masa depan ummah. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab perubahan hati ke arah kebaikan dan membina generasi yang lebih bertaqwa.

Tempat & Masa

April 27, 2025 (5:30 pm) – April 27, 2025 (7:30 pm)

Tanjung Kepah, Lekir

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *