Kunjung Hormat GAD ke SMK Tok Perdana, Manjung

Laporan Aktiviti: Kunjung Hormat Guru Agama Dakwah ke SMK Tok Perdana, Manjung

Perkara : Perbincangan Mengenai Program Pembangunan Sahsiah Remaja pada Bulan Oktober 2024

Tarikh Perbincangan : 03 September 2024 (Selasa) 
Masa : 10.00 Pagi – 11.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Tok Perdana, Manjung

  1. Pengenalan Guru Agama Dakwah

Pada perbincangan ini, Guru Agama Dakwah (GAD) memperkenalkan secara umum peranan dan tugasan mereka di lapangan, termasuk bimbingan dan sokongan kepada remaja bermasalah.

  1. Program Pembangunan Sahsiah Remaja

GAD berhasrat untuk mengadakan program khusus bagi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Program ini akan melibatkan empat buah sekolah dan memerlukan penyediaan wakil pelajar seramai 10 orang dari setiap sekolah, khususnya pelajar dengan masalah disiplin.

  1. Gambaran Umum Program

Program ini dijangka berlangsung pada bulan Oktober 2024 di Masjid An-Nasriyyah. Maklumat lanjut mengenai tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

  1. Pandangan dan Teknikal

Guru-guru diminta memberikan pandangan mengenai keadaan pelajar yang mempunyai masalah disiplin serta teknikal surat-menyurat, termasuk makluman kepada PPD dan mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga.

  1. Hasrat dan Natijah Program

Guru-guru diminta mengemukakan hasrat mereka mengenai natijah atau hasil yang diharapkan daripada program ini.

  1. Hal-Hal Lain

Perbincangan juga meliputi hal-hal lain yang berkaitan dengan pelaksanaan program dan isu-isu tambahan yang perlu dipertimbangkan.

Facebook
WhatsApp
Telegram

Di Bawah Naungan Bersama