Details
Alhamdulillah, hari ini (20 Februari 2025) kami dari Guru Agama Dakwah (GAD) berkesempatan membuat kunjungan hormat ke PAWE Beruas. PAWE ini baru sahaja dibuka pada Disember 2024, dan kami rasa bertuah dapat menjadi antara yang awal menziarahi serta mengenali warga emas di sini. Kami juga mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada PAWE Beruas atas kesudian menerima kunjungan kami semalam. Dalam pertemuan ini, kami menerangkan tugas dan peranan Guru Agama Dakwah (GAD), khususnya dalam membantu warga emas memahami ilmu agama dengan lebih mudah. Kami juga berbincang tentang aktiviti berkala yang boleh dijalankan di PAWE Beruas—supaya tempat ini bukan sekadar pusat berkumpul, tetapi menjadi pusat ilmu dan ibadah buat semua. Jom meriahkan PAWE Beruas! Bagi warga emas sekitar Beruas yang cukup syarat, kami mengajak tuan/puan untuk mendaftar di PAWE Beruas. Lagi ramai yang menyertai, lagi banyak aktiviti yang boleh kita jalankan—bukan sahaja aktiviti keagamaan, tapi juga aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat. Semoga kunjungan ini membuka pintu kebaikan untuk semua. Doakan agar dakwah terus berkembang dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai insan.
When & Where
February 20, 2025 (12:00 am) – February 20, 2025 (12:00 am)
Pusat Asuhan Warga Emas, Beruas