Aktiviti Program
Program ini menghimpunkan Anggota Jawatankuasa Kariah seluruh Negeri Perak bagi meningkatkan kefahaman berkenaan tadbir urus integriti, ketelusan dalam pengurusan institusi masjid dan amanah yang dipikul sebagai pemegang jawatan. Taklimat ini memberi penekanan kepada nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan peranan AJK Kariah dalam memastikan masjid terus menjadi institusi yang dipercayai masyarakat. Program telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Semoga usaha ini memperkukuhkan lagi sistem pentadbiran masjid serta memupuk budaya kerja berintegriti dalam kalangan kepimpinan komuniti Islam.
Tempat & Masa
April 14, 2025 (8:00 am) – April 14, 2025 (1:00 pm)
Dewan Mohd Anwar, IKM Lumut, Seri Manjung, Perak