Latihan Industri

Panduan Memohon

Peluang Latihan Industri di Pejabat Agama Islam Daerah Manjung

anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyediakan platform permohonan latihan industri melalui portal Perak Digital 2.0. Anda boleh mengemukakan permohonan dengan melayari laman web

https://digital.perak.my/

Sediakan dokumen-dokumen berikut semasa permohonan:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Surat permohonan daripada institusi pengajian tinggi anda.
  • Resume terkini.
  • Surat mastautin (jika berkaitan).

Pastikan permohonan dikemukakan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh mula latihan industri yang dijadualkan.

Sepanjang tempoh latihan industri, anda dikehendaki berpakaian kemas dan sopan sesuai dengan etika kerja di jabatan kerajaan.