Majlis Penghargaan GAD Manjung 2021-2023

Alhamdulillah, telah selesai Majlis Penghargaan dan Jamuan Makan Guru Agama Dakwah Daerah Manjung bagi tahun 2023. Untuk makluman, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan Guru Agama Dakwah terbaik sepanjang sesi 2021-2023 dan penghargaan buat Kak Liza selaku Unit Kewangan Pejabat Agama Islam Daerah Manjung yang banyak membantu memudahkan urusan kewangan aktiviti dan program di bawah selian Unit Dakwah.

Jutaan Terima Kasih kepada Penaung Team Harmoni Manjung, iaitu Tuan Haji Khairul Nizam Bin Mat Nor, Pegawai Tadbir Agama Daerah Manjung dan seluruh barisan Unit Dakwah Pejabat Agama Daerah Daerah Manjung yang turut hadir dalam memeriahkan lagi suasana majlis ini.

Doakan semoga tahun 2024 yang lebih mencabar ini menjadikan kami terus istiqamah dan lebih bersemangat dalam usaha menggerakkan aktiviti dakwah khususnya di Daerah Manjung,
Jazakallah

Facebook
WhatsApp
Telegram
Rakan Dakwah

Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung

Di Bawah Naungan Bersama