Mesyuarat Akhir – Program Sahsiah Remaja

Mesyuarat Akhir Program Pembangunan Sahsiah Remaja

Tarikh: 14 Oktober 2024 (Isnin)
Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pejabat Agama Manjung

Mesyuarat akhir bagi Program Pembangunan Sahsiah Remaja telah diadakan dengan jayanya. Antara perkara utama yang dibincangkan:

1. Tugasan AJK Pelaksanaan : Setiap AJK diberikan tugasan khusus bagi memastikan kelancaran program. Pembahagian tugas yang teliti dibuat supaya setiap aspek program berjalan dengan sempurna.

2. Pembentangan Kewangan : Perbincangan menyeluruh mengenai kewangan program telah dibentangkan. Keperluan kewangan yang ada dipastikan cukup untuk menampung setiap aktiviti yang dirancang.

3. Laporan dengan PPD dan Sekolah : Laporan mengenai kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah dibincangkan. Pihak sekolah memberikan komitmen penuh dalam melibatkan para pelajar untuk menyertai program ini.

4. Penambahan Sewaan Dewan : Terdapat cadangan untuk menambah sewaan dewan bagi memastikan majlis perasmian program berjalan lancar dengan jumlah peserta yang semakin bertambah.

Semoga dengan perancangan rapi dan kerjasama semua pihak, pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah Remaja ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.

Facebook
WhatsApp
Telegram

Di Bawah Naungan Bersama