Aktiviti Program
Alhamdulillah, pendekatan dakwah lapangan diteruskan dengan menyantuni remaja sosial dan masyarakat non-Muslim di sekitar Marina Wing, Lumut. Fokus utama program kali ini adalah edaran risalah berkaitan isu LGBT, dengan pendekatan yang penuh hikmah. Kami memilih untuk mendekati dan menyantuni, bukan menghakimi—dakwah itu lebih berkesan bila hadir bersama kasih sayang dan kefahaman. Dalam masa yang sama, program Hijab Day dan Al-Quran Challenge turut dijalankan. Ia menjadi ruang interaksi untuk memperkenalkan Islam secara lebih mesra kepada masyarakat bukan Islam, serta menyemai kesedaran beragama dalam kalangan remaja Muslim.
Tempat & Masa
April 7, 2025 (9:00 pm) – April 7, 2025 (11:00 pm)
Lumut, Marina Wing