Details
Alhamdulillah, kami berpeluang menyantuni pesakit yang sedang diuji dengan kesakitan di bulan Ramadan. Ada yang rindu suasana berbuka di rumah, ada yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh beribadah dalam keadaan uzur. Apa yang kami sampaikan? ✅ Fiqh Ibadah Ketika Sakit – Bagaimana cara solat & puasa bagi pesakit? Apa hukum fidyah? ✅ Motivasi Ramadan – Ujian sakit adalah tanda kasih sayang Allah, peluang untuk penghapusan dosa & peningkatan iman. ✅ Edar risalah keistimewaan Ramadan – Supaya kita semua terus semangat merebut keberkatan bulan ini. Jangan pernah rasa terpinggir! Allah tahu setiap usaha kecil kita dalam beribadah, dan setiap kesabaran itu ada ganjarannya.
When & Where
March 5, 2025 (11:00 am) – March 5, 2025 (1:30 am)
Hospital Seri Manjung