Sukaneka indoor menjadi acara yang paling dinanti-nantikan. Terdapat tiga checkpoint menarik yang menguji minda dan kreativiti anak-anak PPDK:
– Checkpoint 1: Teka Nama dan Bunyi Haiwan yang dikendalikan oleh Ustaz Basit. Di sini, anak-anak PPDK perlu meneka nama dan bunyi haiwan berdasarkan gambar dan bunyi yang dimainkan.
– Checkpoint 2: Shape Puzzle di bawah pengawasan Ustazah Samhah. anak-anak PPDK perlu melengkapkan puzzle berbentuk dengan tepat.
– Checkpoint 3: Mewarna Telur yang dikendalikan oleh Syuhada, di mana kreativiti anak-anak PPDK diuji dengan aktiviti mewarna telur yang pelbagai corak dan warna.
Setelah penat beraksi, semua peserta diberi masa untuk berehat seketika sebelum acara diteruskan dengan Majlis Penutup. Ustaz Amirul kembali untuk memberikan ucapan penutup dan Ustazah Amalina menyampaikan saguhati kepada semua anak-anak yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Sesi bergambar bersama anak-anak PPDK dan Guru PPDK turut diadakan untuk mengabadikan kenangan indah ini.
Sebagai penutup acara, makanan Ayam Muiz turut diedarkan kepada semua sebagai tanda penghargaan, tepat jam 11.00 pagi, program ini berakhir dengan penuh selamat. Walaupun singkat, “Riadah Mahabbah” ini telah membawa kegembiraan dan membawa kesan positif yang baik. Harapan kami agar program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan.
Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik – (Surah Al-Nahl: 125)