Ziarah Ibadah Pesakit - Hospital Manjung

Aktiviti Program

Program hari ini memberi fokus kepada bimbingan fiqh ibadah pesakit bagi pesakit Muslim di Hospital Seri Manjung. Panduan solat dan wuduk ketika sakit disampaikan dengan pendekatan mesra, agar pesakit dapat terus menunaikan tanggungjawab ibadah walaupun dalam keadaan uzur. Dalam masa yang sama, kami turut menziarahi pesakit non-Muslim sebagai tanda kepedulian dan penghormatan terhadap nilai kemanusiaan sejagat. Pendekatan ini adalah cerminan bahawa Islam menggalakkan rahmat dan kasih sayang kepada semua, tanpa mengira latar belakang. Semoga usaha kecil ini membuka pintu kepada kesedaran, ketenangan hati dan memperkukuhkan rasa tanggungjawab dalam menyebarkan nilai dakwah secara berhikmah.

Tempat & Masa

April 9, 2025 (11:00 am) – April 9, 2025 (1:00 pm)

Hospital Seri Manjung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *