Pada 15 Disember 2024 (Ahad), Guru Agama Dakwah Manjung telah menganjurkan program Street Dakwah bertempat di Dataran Lapang, Pasir Panjang. Program ini diadakan pada 6 petang dengan fokus utama mendekati anak muda yang berada di sekitar kawasan tersebut, menyampaikan mesej Islam dan akhlak serta mengeratkan hubungan melalui pendekatan mesra dan santai.
Program ini bertujuan untuk menyantuni anak muda secara langsung dalam suasana yang santai, sambil menyampaikan nasihat agama dan kepentingan nilai akhlak yang baik. Aktiviti ini juga membuktikan bahawa dakwah bukan sahaja berlaku di masjid atau kelas formal, tetapi boleh disampaikan di lapangan, berdekatan dengan masyarakat, terutama generasi muda.
Challenge Bacaan Al-Fatihah
Menyantuni Anak Muda Bermotosikal
Menyantuni Anak Muda Berlepak
Menyampaikan Mesej Islam dan Akhlak
Program Street Dakwah ini mendapat respon positif daripada anak muda yang ditemui. Pendekatan santai dan mesra yang digunakan oleh Guru Agama Dakwah Manjung berjaya menarik perhatian mereka untuk mendengar dan berinteraksi. Aktiviti seperti challenge bacaan Al-Fatihah bukan sahaja memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu tetapi juga mencetuskan semangat mereka untuk memperbaiki bacaan solat.
Suasana harmoni dan ceria sepanjang program ini membuktikan bahawa dakwah yang dilakukan dengan cara mendekati masyarakat secara langsung mampu menyentuh hati dan membuka ruang komunikasi yang lebih baik.
Program Street Dakwah Dataran Lapang, Pasir Panjang ini adalah langkah kecil tetapi signifikan dalam mendekati golongan muda. Melalui pendekatan bersemuka dan santai, mesej Islam dapat disampaikan dengan lebih berkesan, tanpa tekanan atau jurang komunikasi.
Guru Agama Dakwah Manjung bertekad untuk terus melaksanakan program seumpama ini di masa akan datang, dengan harapan anak muda akan lebih terbuka kepada nasihat agama dan terdorong untuk membentuk akhlak yang mulia.
“Street Dakwah: Mendekati Hati, Menyampaikan Hikmah.”
Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik – (Surah Al-Nahl: 125)