Street Dakwah Gate Harimau 1 – Menyentuh Isu Sosial Anak Muda

Aktiviti Program

Street dakwah kali ini memberi fokus kepada isu-isu sosial yang sering menjerat anak muda, terutamanya berkaitan gejala perjudian dan budaya merempit. Kami mengedarkan risalah yang menjelaskan akibat buruk judi dan kesan negatif merempit, bukan sekadar dari sudut undang-undang, tetapi juga dari perspektif agama dan kemasyarakatan. Dalam pertemuan ini, kami berborak santai bersama beberapa remaja dan belia tempatan, mendengar pandangan mereka serta menyampaikan nasihat secara hikmah. Perbualan ini menjadi ruang untuk menyemai kesedaran bahawa Islam bukan agama yang menghukum, tetapi membimbing dan memberi jalan keluar daripada kegelapan kepada cahaya. Semoga usaha ini membuka hati anak muda untuk mendekati kehidupan yang lebih terarah dan kembali kepada nilai-nilai Islam yang sejahtera.

Tempat & Masa

May 10, 2025 (8:00 pm) – May 10, 2025 (10:00 pm)

Gate Harimau Satu, Lumut