Street Dakwah : Pulau Pangkor (Mosque Tour) – JUN 2024

Alhamdulillah, selesai Program Street Dakwah Pulau Pangkor (Mosque Tour), dimana kali ini kami menyasarkan kepada Masjid Al Khairiah Seribu Doa (Masjid Cina), Team Harmoni Manjung berusaha untuk mendekati Pelancong Non-Muslim yang hadir ke Masjid Cina, serta memberi penerangan tentang fungsi, Pembinaan & Ibadah kepada Pelancong Non-Muslim
Pekara ini amat penting dimana membuka minda bagi Non-Muslim tentang bagaimana Perlaksanaan Ibadah seseorang Muslim, apa yang disembah oleh Orang Islam serta tatacara menunaikan solat, dan kemudian berehat sebentar di Masjid Al Badr Seribu Selawat, serta meneruskan Program Dakwah di sekitar Teluk Nipah.
Awalnya sasaran kami kepada para pengunjung akan tetapi disebabkan beberapa faktor sasaran bertukar kepada para peniaga dan beberapa pengunjung yang hadir.
Facebook
WhatsApp
Telegram
Rakan Dakwah

Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung

Di Bawah Naungan Bersama