Ziarah Saudara Baru: Mengukuhkan Ukhuwah & Aqidah

Details

Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan menziarahi saudara baru kita, menyambung ukhuwah dan memastikan mereka tidak rasa terpinggir selepas memeluk Islam. Hidayah itu milik Allah, tapi tanggungjawab kita untuk membimbing. ✅ Sesi Perkenalan & Perbualan – Berbual santai, mendengar kisah mereka, memberi sokongan moral supaya mereka terus yakin dengan agama ini. ✅ Bantuan Makanan Asas – Supaya mereka rasa lebih dihargai dan tidak sendirian dalam perjalanan ini. ✅ Nasihat Aqidah – Mengukuhkan iman, mengingatkan bahawa keislaman itu bukan sekadar ucapan, tetapi perlu diperkukuhkan dengan ilmu & amalan. Islam itu agama kasih sayang. Kita bukan sekadar mengajak orang masuk Islam, tapi kita juga bertanggungjawab memastikan mereka terus kuat dalam Islam.

When & Where

March 6, 2025 (9:00 am) – March 6, 2025 (11:30 am)

Ayer Tawar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *