Street Dakwah Ramadan: Edaran Bubur Lambuk

Details

Alhamdulillah, program edaran bubur lambuk sempena Ramadan berjalan dengan lancar. Bermula sejak pagi, pasukan kami menyediakan dan memasak bubur lambuk dengan penuh semangat, sebelum dibungkus dan disusun untuk diagihkan selepas solat Zohor. Sebelah petang, edaran dimulakan dengan menyantuni food rider yang bertungkus-lumus mencari rezeki, diikuti dengan orang awam yang ditemui sepanjang jalan. Ramadan adalah bulan berkongsi kebaikan, dan sekecil mana pun pemberian, ia tetap bermakna bagi mereka yang menerimanya. Dakwah bukan hanya dengan kata-kata, tetapi juga dengan tindakan. Islam mengajar kita untuk saling membantu, mengukuhkan silaturahim, dan membawa kebahagiaan kepada orang lain. Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan dan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat.

When & Where

March 15, 2025 (10:30 am) – March 15, 2025 (5:30 pm)

Seri Manjung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *