Kursus Kemahiran Pengendalian Mosque Tour Negeri Perak 2025

Aktiviti Program

Kursus ini menghimpunkan barisan Guru Agama Dakwah (GAD), Ketua Unit Dakwah Daerah (KUDD), dan AJK Masjid Terpilih dari seluruh Negeri Perak bagi memperkasakan kemahiran pengendalian Mosque Tour, khususnya kepada masyarakat bukan Islam. Antara pengisian utama sepanjang kursus: Pengenalan dan objektif pelaksanaan Mosque Tour, Teknik Dakwah ABC, Latihan praktikal di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang & Pembentangan dan rumusan berkumpulan Program ini adalah satu ikhtiar dakwah menyantuni masyarakat bukan Islam melalui pendekatan yang berhemah dan berkesan. Ia juga menjadi ruang memperkukuh kefahaman serta keupayaan juru dakwah di lapangan dalam mempersembahkan keindahan Islam secara praktikal dan inklusif.

Tempat & Masa

April 15, 2025 (8:00 am) – April 17, 2025 (10:00 pm)

Bayview Hotel Georgetown, Pulau Pinang

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *