Aktiviti Program
Alhamdulillah, hari ini berlangsung sesi Tadabbur Surah Al-Hujurat Ayat 1 hingga 6 bersama warga emas di Pusat Asuhan Batu 8, Lekir. Fokus utama pembentangan adalah tentang “Adab Membentuk Peribadi Mukmin”, mengambil inspirasi daripada pengajaran dalam Sirah Nabawi dan aplikasinya dalam kehidupan masa kini. Sesi tadabbur ini menekankan bagaimana Islam membimbing umatnya membina akhlak mulia, bermula dengan adab terhadap Allah dan Rasul, seterusnya terhadap sesama manusia. Sirah Nabi Muhammad SAW dijadikan contoh hidup, bagaimana baginda mengamalkan adab dalam seluruh aspek kehidupan. Penekanan turut diberikan kepada realiti hari ini, di mana nilai adab dan akhlak semakin penting untuk diperkukuhkan, terutama dalam masyarakat yang semakin berdepan cabaran sosial.. Semoga tadabbur ini menjadi asbab kepada lahirnya insan yang lebih beradab, berakhlak dan istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin sejati.
Tempat & Masa
April 25, 2025 (10:00 am) – April 25, 2025 (12:00 pm)
PAWER, Batu 8, Lekir