Kunjungan Hormat: Dakwah Bersama Golongan OKU Intelek

Details

Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan melakukan kunjungan hormat di Pusat Jagaan Bengkel Perlindungan Semangat Maju, sebuah tempat yang memberikan perlindungan dan bimbingan kepada insan OKU Intelek. Di sini, mereka diberi peluang untuk membentuk kemahiran dan mencari pekerjaan yang sesuai untuk masa depan yang lebih cerah. Pengenalan Gerak Kerja GAD Manjung Dalam sesi pengenalan, kami membentangkan gerak kerja GAD Manjung, bagaimana kami terus berusaha membimbing dan memberikan sokongan rohani kepada setiap lapisan masyarakat, termasuk mereka yang memerlukan perhatian khusus seperti golongan OKU intelek. Kerohanian Itu Penuh Kekuatan Rata-rata penghuni pusat ini berusia 20 tahun ke atas, dan kami sangat terkesan apabila pihak pengurusan sangat mengalu-alukan cadangan untuk menambah aktiviti kerohanian di sini. Islam mengajarkan kita untuk tidak membiarkan sesiapa merasa terpinggir, setiap individu berhak merasai kedamaian dan kasih sayang dari Allah. Semoga setiap langkah kecil ini membawa sinar harapan baru dalam hidup mereka. Kami yakin, dengan keikhlasan dan semangat yang tinggi, mereka akan berjaya dan memberi impak positif kepada masyarakat sekitar.

When & Where

March 11, 2025 (10:00 am) – March 11, 2025 (12:00 pm)

Pusat Jagaan Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *