Street Dakwah : Sempena Aidiladha 2024/1445H

Street Dakwah Sempena Aidiladha

 
Aktiviti –
 
1. Edaran Flyers tentang tarikh² penting 10 awal zulhijjah
2. Sampaikan perkara² sunnah 10 hari awal zulhijjah
3. Target kali ni kepada muslim shj. Tapi kalau ada sesiapa nak approach kepada non muslim tentang tajuk lain, sangat dialu alukan.
 
❤️ Jom kita berniat, siapkan diri dan rebut peluang keemasan ini. Perbanyakkan amalan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah ini dengan berpuasa sunat, perbanyakkan berzikir, berdoa, bersedekah, membaca Al-Quran, melakukan ibadah korban bagi yang mampu, menghidupkan suasana hari raya dengan takbir dan memperbanyakkan pelbagai lagi amal soleh.
.
📌 Keistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah
.
1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad.
 
Rasulullah ﷺ bersabda:
 
مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‌‏.‏
 
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
 
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
 
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات
العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
 
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.
(Fath al-Bari)
2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun
10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
 
Rasulullah ﷺ bersabda:
 
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
 
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
 
Kata beliau:
 
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
 
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadan, dan malam sepuluh akhir Ramadan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah.
(Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287)
.
3. Hari Yang Dicintai Allah
 
Rasulullah ﷺ bersabda:
 
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
 
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid”
(Hadis Riwayat al-Tabrani)
 
Semoga Allah SWT pilih kita dan menerima segala amal soleh yang kita lakukan pada hari-hari yang dicintai oleh Allah SWT ini iaitu 10 hari awal Zulhijjah. Aamiinn 🤲
Pilih kami Ya Allah…..
Facebook
WhatsApp
Telegram

Di Bawah Naungan Bersama