Teguran Kasih: Membimbing Remaja Menjaga Akhlak dan Adab

Aktiviti Program

Hari ini, satu sesi khusus diadakan bagi memanggil beberapa remaja untuk diberikan teguran, khidmat nasihat serta bimbingan berhubung isu akhlak, adab dan batasan pergaulan. Nasihat disampaikan dengan pendekatan yang berhikmah, mengingatkan mereka bahawa adab dan akhlak merupakan asas kekuatan seorang Muslim. Pergaulan tanpa batas bukan sahaja membawa kepada kemudaratan peribadi, malah mencemarkan maruah sebagai umat Islam. Islam menganjurkan agar setiap individu menjaga dirinya dengan batasan syarak, demi melindungi kehormatan, akidah dan masa depan. Semoga nasihat dan teguran ini menjadi titik perubahan kepada mereka untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah dengan akhlak yang lebih terpuji.

Tempat & Masa

April 28, 2025 (9:00 am) – April 28, 2025 (11:00 am)

Pejabat Agama Islam Daerah Manjung