Alhamdulillah, pada hari ini, Ahad, 6 Oktober 2024, kami berkesempatan melaksanakan Program Ziarah Mad’u, mendekati saudara-saudara baru kita dalam Islam. Ziarah kali ini melibatkan kunjungan ke rumah Nur Zahra di Restaurant Matahari Cinta Teluk Muruh, Lumut dan Saudari Siti Jasmine di Taman Seri Wangi, Ayer Tawar.
Tujuan ziarah ini adalah untuk memperkukuh hubungan silaturrahim, memberikan nasihat agar mereka terus istiqamah menghadiri kelas-kelas agama, serta menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kekuatan iman dan persaudaraan dalam kalangan mualaf.
Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik – (Surah Al-Nahl: 125)