Street Dakwah : Menelusuri Jiwa Remaja, Pasir Panjang Laut

Aktiviti Program

Program dakwah santai diteruskan dengan menyantuni sekumpulan remaja sosial yang berkumpul di sekitar Pasir Panjang Laut. Aktiviti ini bertujuan mendekati mereka secara berhemah dan berhikmah, menyampaikan nasihat serta membuka ruang untuk perbualan dan peringatan agama. Edaran flyers disampaikan sebagai bahan bacaan dan peringatan ringan, manakala bacaan Surah Al-Fatihah dibacakan bersama sebagai simbol permulaan kepada usaha memperbaiki diri. Nasihat berkaitan akhlak, solat dan kepentingan menjaga batas pergaulan turut disampaikan secara mesra dan santai. Usaha kecil ini adalah cerminan bahawa dakwah bukan hanya berlaku di pentas ceramah, tetapi juga di tempat-tempat terbuka yang menjadi ruang pertemuan anak muda. Semoga ia menjadi asbab perubahan dan titik mula kepada kehidupan yang lebih diredhai.

Tempat & Masa

April 13, 2025 (5:30 pm) – April 13, 2025 (7:30 pm)

Pasir Panjang Laut, Seri Manjung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *