Aktiviti Program
Alhamdulillah, program Mosque Tour bersama komuniti non-Muslim telah berjaya dilaksanakan dengan suasana penuh harmoni dan keterbukaan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kefahaman sebenar tentang Islam, mengelakkan salah faham, serta membina jambatan toleransi antara agama dan kaum. Peserta diberi penerangan tentang konsep kiblat, wuduk, azan, solat, waktu solat dan peranan mimbar dalam Islam. Sesi diteruskan dengan jamuan Aidilfitri bersama komuniti, sebagai simbol silaturahim dan semangat perpaduan yang diraikan bersama. Islam adalah agama yang membawa rahmat dan kasih sayang kepada seluruh manusia. Dengan pendekatan dakwah yang bersifat dialog dan mesra, diharap lebih ramai yang memahami bahawa Islam adalah agama kedamaian, bukan ancaman.
Tempat & Masa
April 20, 2025 (5:00 pm) – April 20, 2025 (8:30 pm)
Masjid Sultan Alang Iskandar Shah, Masjid KDSK
Good https://is.gd/N1ikS2