Pada 18 Disember 2024, program Ziarah Ibadah Pesakit telah diadakan di Hospital Seri Manjung, dianjurkan oleh Guru Agama Dakwah Manjung dengan misi menyentuh hati dan menguatkan rohani pesakit yang sedang menghadapi ujian kesakitan. Program ini berlangsung pada pukul 2.30 petang dan memberi tumpuan kepada membantu pesakit memahami kaedah ibadah dalam keadaan terbatas, sambil mendengar luahan hati mereka dengan penuh empati.
Ziarah Ibadah Pesakit
Mengajarkan Kaedah Berwuduk Ketika Sakit
“Apabila aku perintahkan sesuatu kepadamu, maka lakukanlah semampumu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mendengar Luahan Pesakit
Dalam program ini, melihat pendekatan penuh kasih sayang oleh Guru Agama Dakwah Manjung, ini menjadi penguat kepada misi Hospital Mesra Ibadah, yang bukan sahaja memberi fokus kepada rawatan fizikal tetapi juga menyentuh aspek spiritual pesakit.
Program ini menjadi bukti bahawa Hospital Seri Manjung melalui usaha Guru Agama Dakwah Manjung benar-benar menterjemahkan konsep Hospital Mesra Ibadah ke dalam tindakan. Dengan pendekatan yang profesional dan penuh empati, pesakit bukan sahaja dibantu dalam memahami cara beribadah tetapi juga diberi kekuatan mental dan rohani.
Setiap pesakit diingatkan bahawa ujian kesakitan adalah cara Allah mendekatkan hamba-Nya kepada rahmat-Nya, seperti sabda Nabi SAW:
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa musibah berupa sakit atau lainnya melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)”
“Hospital Mesra Ibadah: Menyentuh Hati, Membimbing Jiwa.”
Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik – (Surah Al-Nahl: 125)