Ziarah Ibadah Pesakit, Pantai Hospital – 10 Okt 2024

Alhamdulillah, Ziarah Ibadah Pesakit di Pantai Hospital, Manjung telah berjalan dengan lancar pada hari ini, 10 Oktober 2024, Khamis. Kali ini, kami berkesempatan menziarahi dua orang pesakit wanita. Guru Agama Dakwah menyampaikan kata-kata semangat, mengajak pesakit untuk terus bersabar dalam menghadapi ujian serta berkongsi kaedah pengurusan ibadah yang sesuai untuk keadaan mereka.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesembuhan buat para pesakit. InshaAllah, kami akan terus berusaha untuk menyantuni dan mendampingi mereka yang memerlukan sokongan rohani.

Facebook
WhatsApp
Telegram

Di Bawah Naungan Bersama