Ziarah Mad’u, Eratkan Silaturrahim – 03 Okt 2024

Alhamdulillah, pada hari ini, Khamis, 3 Oktober 2024, kami berkesempatan melaksanakan Program Ziarah Mad’u, mendekati saudara-saudara baru kita dalam Islam. Ziarah kali ini melibatkan kunjungan ke rumah Saudari Monruedee di Taman Pundut, Manjung dan Saudara Muhammad Annsoni Ding di Taman Setia Jaya, Sitiawan.

Tujuan ziarah ini adalah untuk memperkukuh hubungan silaturrahim, memberikan nasihat agar mereka terus istiqamah menghadiri kelas-kelas agama, serta menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kekuatan iman dan persaudaraan dalam kalangan mualaf.

 

Facebook
WhatsApp
Telegram

Di Bawah Naungan Bersama