Ziarah Mahabbah, PAWE Lekir, Sitiawan – 13 MEI 2024

Alhamdulillah, Team Harmoni Manjung yang dibarisi oleh Guru Agama Dakwah Daerah Manjung telah mengadakan aktiviti Ziarah Mahabbah ke Pusat Asuhan Warga Emas, Lekir Sitiawan (PAWE). Ziarah ini bertujuan mengeratkan ukhuwah kedua-dua pihak disamping dapat memulakan aktiviti untuk Warga Emas Daerah Manjung. Turut bersama ziarah Mahabbah kali ini ialah Barisan Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Manjung

Untuk makluman, PAWE Lekir satu-satunya Pusat Asuhan yang ada didalam Daerah Manjung, kehadiran kami disambut oleh Tuan Zulkifli yang merupakan Timbalan Pengerusi di PAWE Lekir.

Pihak Team Harmoni Manjung telah diberikan taklimat oleh Tim Pengerusi PAWE dan beliau menerangkan segala aktiviti yang dilakukan didalam PAWE Lekir, akhirnya kami telah bersepakat untuk mengadakan satu program pada masa akan datang, dijangkakan pada bulan Julai 2024

Terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Pentadbiran PAWE dan di atas kerjasama baik yang diberikan. Mudah2an Allah kurniakan ganjaran yang banyak atas usaha yang dilakukan.
Facebook
WhatsApp
Telegram
Rakan Dakwah

Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung

Di Bawah Naungan Bersama