Ziarah Mahabbah, PPDK Nur Insan – 15 Dis 2023

Alhamdulillah, pada 12 Disember 2023 yang lepas, barisan Guru Agama Dakwah dan Unit Dakwah Pejabat Agama Daerah Manjung telah mengadakan ziarah mahabbah ke PPDK Nur Insan, Pantai Remis.

Ziarah tersebut bertujuan merapatkan ukhuwah di antara kedua-dua pihak selain merancang aktiviti-aktiviti dakwah sokongan kepada pelatih dan seluruh warga PPDK Nur Insan pada masa akan datang. Untuk pengetahuan semua, ini adalah siri lawatan terakhir Guru Agama Dakwah Daerah Manjung ke seluruh PPDK Daerah Manjung bagi tahun 2023 dengan siri lawatan terdahulu ke PPDK Nur Ilham Pulau Pangkor, 

PPDK Nur Hidayah Seri Manjung, PPDK TLDM Lumut, PPDK As-Syamsu Beruas dan yang terakhir PPDK Nur Insan Pantai Remis. PPDK Nur Insan ini mempunyai seramai 26 orang pelatih di PPDK termasuk 8 orang yang terlantar di rumah kategori pelbagai jenis kecacatan dan 4 orang guru yang membimbing mereka. Jelas kelihatan raut wajah yang ceria di kalangan anak-anak syurga ini, meskipun mereka tidak memiliki keupayaan sempurna seperti orang lain. 

Mereka dilatih pelbagai kemahiran untuk membentuk sifat manusiawi dan perkara asas yang ditekankan adalah pelajaran tentang pengurusan diri sendiri. Akhirnya, terima kasih buat para guru yang sudi menyambut kedatangan ziarah kami dan kami mendoakan kesejahteraan untuk semua warga PPDK Nur Insan. Semoga bertemu lagi pada masa akan datang.
Facebook
WhatsApp
Telegram
Rakan Dakwah

Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung

Di Bawah Naungan Bersama