Ziarah Mahabbah, PPDK TLDM Lumut – 03 Okt 2023

Alhamdulillah, Team Harmoni Manjung yang dibarisi oleh Guru Agama Dakwah Daerah Manjung telah mengadakan aktiviti Ziarah Mahabbah ke PDK TLDM Lumut. Ziarah ini bertujuan mengeratkan ukhuwahย
kedua-dua pihak disamping dapat bersama mendampingi anak-anak istimewa.
Turut bersama ziarah Mahabbah kali ini ialah Barisan Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Manjung dan Mubaligh Daerah Manjung.
Untuk makluman, PDK adalah sebuah program yang diwujudkan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM). PDK TLDM Lumut ini terdiri dari 3 orang guru dan 26 orang kanak-kanak berumur lingkungan 4 tahun hingga 9 tahun dari pelbagai kategori kecacatan iaitu Autisme, Syndrome Down, Kecacatan Pelbagai, Kecacatan Fizikal dan Cerebral Palsy.
Pihak Team Harmoni Manjung telah diberikan taklimat oleh Penyelia PDK iaitu Puan Norsyamila Binti Nordin tentang gambaran secara umum bagaimana sesi pembelajaran dipraktikkan terhadap kanak-kanak istimewa ini. PDK ini juga mempunyai kelengkapan alat bantu pembelajaran yang sangat baik termasuk terapi fizikal dan terapi minda.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Pentadbiran PDK dan para guru di atas kerjasama baik yang diberikan. Mudah2an Allah kurniakan ganjaran yang setimpal di atas usaha dan kesabaran para guru dalam mendidik anak-anak ini.
Facebook
WhatsApp
Telegram
Rakan Dakwah

Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung

Di Bawah Naungan Bersama