Program Ziarah: Menyantuni Kegembiraan dan Musibah Sesama Muslim
Alhamdulillah, pada 12 November 2024, jam 8 malam, Guru Agama Dakwah Daerah Manjung, diwakili oleh Ustaz Hidayat dan Ustazah Samhah, telah melaksanakan program ziarah untuk menyantuni dua keluarga Muslim yang sedang melalui dua situasi yang berbeza.
Salah seorang daripada mereka baru sahaja menerima kelahiran anak kedua setelah 15 tahun menanti. Keluarga ini sangat gembira dan penuh rasa syukur, dan ziarah kami adalah untuk berkongsi kegembiraan mereka serta mempereratkan silaturahim dalam komuniti Muslim.
Di pihak yang lain, seorang lagi diuji dengan musibah apabila suaminya terlibat dalam kemalangan di Sungai Wangi. Suami beliau akan menjalani pembedahan minggu depan akibat rahang gigi yang patah. Ziarah kami bertujuan untuk memberikan kekuatan, doa, dan sokongan dalam menghadapi ujian hidup.
Sebagai umat Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk saling menyokong, baik dalam kegembiraan mahupun kesusahan. Semoga program ziarah ini memberi manfaat kepada kedua-dua keluarga dan menjadi ikatan kasih sayang yang menguatkan kita semua dalam menjalani kehidupan ini.
Bagi Mendapatkan Program Terkini Team Harmoni Manjung
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik – (Surah Al-Nahl: 125)