Ziarah Ibadah Pesakit Hospital Seri Manjung

Aktiviti Program

Pada 7 Mei 2025 (Rabu), Guru Agama Dakwah (GAD) meneruskan usaha dakwah melalui ziarah mingguan ke Hospital Seri Manjung. Fokus utama kali ini adalah membantu pesakit Muslim memahami kaedah bersuci dan menunaikan solat ketika sakit, termasuklah penerangan tentang wudhu’, serta solat duduk atau baring. Dalam masa yang sama, kami turut menziarahi beberapa pesakit non-Muslim. Tanpa membawa isu kepercayaan, kami hadir sebagai pendengar yang menghormati, menyantuni mereka dengan adab dan empati. Dakwah bil hal adalah pendekatan utama kami – menyampaikan mesej Islam melalui akhlak dan kasih sayang. Kami percaya setiap langkah kecil dakwah yang ikhlas mampu memberi kesan besar dalam hati manusia, sama ada secara langsung atau tidak.

Tempat & Masa

May 7, 2025 (11:30 am) – May 7, 2025 (1:30 pm)

Hospital Seri Manjung