Ziarah Rumah Warga Emas Non Muslim

Details

Alhamdulillah, pada hari Rabu, 19 Februari 2025, Guru Agama Dakwah (GAD) berkesempatan menziarahi warga emas di Pusat Kebajikan Warga Tua, Seri Manjung. Ziarah ini bukan sekadar bertanya khabar, tetapi lebih kepada menyantuni mereka dengan kasih sayang dan menjadi pendengar setia. Ada yang rindu anak cucu, ada yang sekadar mahu berbual, dan ada juga yang diam, mungkin menyimpan rindu dalam hati. Kami hanya hadir membawa sedikit keceriaan, berbual santai, dan berkongsi mesej Islam dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan, ada sinar hidayah buat mereka. Dakwah bukan hanya pada kata-kata, tetapi juga melalui akhlak dan kasih sayang. Rasulullah ﷺ mengajarkan kita untuk menyebarkan rahmat kepada semua. Hari ini, kami cuba mencontohi sedikit daripada akhlak Baginda.

When & Where

February 19, 2025 (9:30 am) – February 19, 2025 (11:30 am)

Pusat Kebajikan Warga Tua, Seri Manjung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *