Details
Alhamdulillah, pada hari Selasa,, 18 Februari 2025, Guru Agama Dakwah (GAD) telah mengadakan ziarah ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Mawaddah di Parit, dengan fokus kepada dakwah bersama golongan OKU. Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai bersama para pelatih, diikuti dengan bacaan doa penerang hati dan doa dipermudahkan urusan. Aktiviti diteruskan dengan sesi mewarna dan menggunting, yang bertujuan merangsang kreativiti dan kemahiran. Selain itu, penerangan mengenai bulan Ramadan telah diberikan, disertai dengan sesi soal jawab untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang ibadah puasa. (sekadar umum) Pendekatan mesra dan interaktif ini diharapkan dapat menyemai semangat dan kefahaman agama dalam kalangan pelatih OKU, serta mengeratkan hubungan antara komuniti dan institusi dakwah.
When & Where
February 18, 2025 (9:00 am) – February 18, 2025 (11:00 am)
Parit, Perak Tengah