Latihan Industri
Panduan Latihan Industri
Peluang Latihan Industri Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
5.0 / 5.0
Kami komited menyediakan peluang Latihan Industri yang kondusif dan berinformasi bagi membantu pelajar memahami suasana kerja sebenar di institusi kerajaan, khususnya dalam pengurusan hal ehwal Islam di peringkat daerah.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyediakan platform permohonan
latihan industri melalui portal Perak Digital 2.0. Anda boleh mengemukakan permohonan
dengan melayari laman web dibawah ini.
Portal Perak Digital 2.0
Sediakan dokumen-dokumen berikut semasa permohonan:
1. Salinan kad pengenalan.
2. Surat permohonan daripada institusi pengajian tinggi anda.
3. Resume terkini.
4.Surat mastautin (jika berkaitan).
1. Salinan kad pengenalan.
2. Surat permohonan daripada institusi pengajian tinggi anda.
3. Resume terkini.
4.Surat mastautin (jika berkaitan).
Pastikan permohonan dikemukakan sekurang-kurangnya satu
bulan sebelum tarikh mula latihan industri yang dijadualkan.
Sepanjang tempoh latihan industri, anda dikehendaki
berpakaian kemas dan sopan sesuai dengan etika kerja di jabatan kerajaan.